Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR melancarkan tiga produk terbaharu – HONOR 70 Bersama Sensor Kamera Super IMX800, komputer berprestasi tinggi dan tablet dengan paparan sinematik

0

HONOR Malaysia secara rasminya memperkenalkan model flagship terbaharunya pada 18 Ogos 2022, HONOR 70 dijual dengan tanda harga rasmi RM 1,999. Pra-tempah bermula 18 Ogos sehingga 26 Ogos, Honor akan memberi hadiah percuma yang bernilai sehingga RM597. Ia adalag termasuk HONOR Earbuds 2 Lite, sarung HONOR 70 dan jaminan lanjutan selama satu tahun. Turut dilancarkan adalah HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8. Kedua-dua peranti ini kelihatan sudah menambah baik pada produktiviti dan hiburan pengguna menerusi HONOR Connect. HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 akan dijual dipasaran di seluruh negara pada 27 Ogos ini.

Seperti yang HONOR katakan, peranti terbaru mereka iaitu HONOR 70 ini menampilkan kamera Super IMX800 yang mana penghasilan gambar pada cahaya rendah ataupun ketika waktu malam akan menjadi lebih cerah dan gambar akan lebih terperinci. Bukan sekadar kameranya sahaja, reka bentuk peranti terbaru HONOR kali ini hadir dengan corak berlian yang diinspirasikan oleh gelas kristal dan kilauan berlian yang akan menampakkan ia lebih elegan dan mewah. Mengetengahkan Kamera Utama Penderiaan Super IMX800 54MP, HONOR 70 memperkenalkan penderia flagship SONY IMX800 1/1.49 inci yang boleh menangkap lebih cahaya untuk menghasilkan gambar lebih cerah dan lebih jelas, terutamanya pada suasana malam dan cahaya latar yang malap. Berdasarkan foto yang ditunjukkan semasa pelancaran, terbukti bahawa semakin besar sensor membolehkan lebih banyak cahaya diserap, semakin cerah gambar dihasilkan walaupun suasana ketika itu kurang bercahaya. Gambar yang cantik dan lebih terperinci kini boleh terhasil disebabkan sensor IMX800.

HONOR MagicBook 14 terbaharu ini dibangunkan sebagai komputer riba serba boleh. Ia menjadi komputer riba 14 inci pertama dalam industri menggunakan bateri 75W. Baterinya boleh bertahan untuk main balik video 1080p sehingga 15 jam atau 10.5 jam bagi tujuan kerja. Disokong HONOR SuperCharge 100W, cukup hanya 15 minit pengecasan untuk 3.5 jam kerja, manakala 80 minit untuk bateri dicas penuh. Pemproses Generasi ke-12 Intel® Core™ i5-12500H menonjolkan kuasa penuh 70W, sekaligus berupaya menampung perisian permainan serta suntingan profesional. HONOR telah membangunkan kepakarannya sendiri dalam penalaan dan pengoptimum sistem, pada masa sama berjaya mengaplikasi teknologi telefon pintar OS Turbo yang pertama dalam industri dalam pembuatan komputer ribanya.

 

HONOR Connect menambahkan lagi kelebihan HONOR dalam menghubungkan peranti-perantinya dengan mudah. Dengan ciri baharu HONOR Device Clone, pemindahan data boleh dilakukan daripada peranti lama kepada HONOR MagicBook 14 dengan mudah tanpa perlu bimbang kehilangan fail kerja. HONOR Share yang dahulunya digunakan oleh telefon pintar HONOR, kini juga boleh digunakan untuk komputer riba dan tablet, memudahkan proses pemindahan untuk pengguna dan menghubungkan peranti-peranti HONOR. HONOR MagicBook 14 hadir dalam versi kad grafik dedikasi NVIDIA® GeForce® RTX 2050 dan berharga RM 5,099 manakala kad grafik berintegrasi Intel® Iris® Xe berharga RM 4,299, menjadikan prestasinya sesuai mengikut kehendak pengguna yang berbeza-beza.
Jualan HONOR MagicBook bermula mulai 27 Ogos untuk medapat hadiah percuma bernilai sehingga RM1,026 termasuk Beg galas HONOR, Sarung Kulit Komputer Riba HONOR, Tetikus Wayarles dan Microsoft Office Home & Student 2021.

HONOR Pad 8 merupakan model terbaru tablet HONOR, menawarkan pengalaman hiburan tanpa batas dengan pelbagai ciri-ciri pintar. Dengan kembalinya Google Mobile Services (GMS), aplikasi muat turun dan kemas kini boleh dilakukan melalui Google Play Store, sudah tentu ini menggembirakan peminat. HONOR Pad 8 dimuatkan lapan pembesar suara, teknologi HONOR Histen dan DTS:X® Ultra yang membolehkan tablet ini menghasilkan bunyi rancak dan dinamik 360°. Untuk pengetahuan, HONOR Pad 8 satu-satunya tablet dengan 8 pembesar suara dalam kelasnya. HONOR Pad 8 dilengkapi dengan paparan HONOR FullView perlindungan mata 2K 12 inci yang canggih serta nisbah skrin ke badan 87%. Piksel 2000×1200 dan 1.07 bilion warna membawa HONOR Pad 8 kepada satu tahap hiburan baru, menghasilkan kejelasan yang menakjubkan seakan melihat dunia sebenar, sesuai untuk menonton filem dan menstrim video. Skrinnya diiktiraf Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan Pensijilan Flicker Free TÜV Rheinland, ia memberi keselesaan dan melindungi mata daripada risiko keletihan dan ketegangan disebabkan oleh cahaya biru dan silauan skrin.

 

Bagi meningkatkan produktiviti, HONOR Pad 8 disokong oleh Multi-Windows Viewing, memisahkan skrin dan membuka sehingga 4 tetingkap serentak tanpa perlu menutup skrin lain. Selain itu, HONOR Pad 8 menyokong fungsi App Extender yang membolehkan pengguna melayari produk dengan lebih efisyen. App Extender kini disesuaikan untuk Lazada, Instagram, Shein, Booking.com dan banyak lagi. Tambahan, HONOR Pad 8 disertakan bersama bateri sebesar 7250 mAh agar pengguna boleh menggunakannya dalam jangka masa yang panjang. Tablet ini ditawarkan dengan penstoran 6GB + 128GB pada harga RM 1,399.

Pra-tempahan HONOR 70 kini sudah bermula dan pembeli akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM 597! Manakala HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 mula dijual pada 27 Ogos dan HONOR turut menawarkan harga menarik bagi HONOR MagicBook versi X 14 dan X 15 dengan pemproses i3 dan i5 pada tarikh tersebut.

Produk

 

 

 

Harga

 

 

Hadiah Percuma
Pra-Tempahan

18 hingga 26 Ogos 2022

Jualan Pertama Bermula

27 Ogos 2022

HONOR 70

8GB+256GB

 

 

 

RM 1,999 ·       HONOR Earbuds 2 Lite

·       Sarung HONOR 70

·       Jaminan Lanjutan 1 Tahun

·       Sarung HONOR 70

·       Jaminan Lanjutan 1 Tahun

HONOR Pad 8

(6GB+2GB) +128GB

 

RM 1,399

 

Tiada ·       Flip Cover HONOR Pad 8

·       Jaminan Lanjutan 1 Tahun

HONOR MagicBook 14

Intel® Iris® Xe

16GB+512GB

RM4,299 Tiada

 

 

 

 

 

·       Beg Galas HONOR

·       Tetikus Bluetooth Tanpa Wayar

·       Sarung Kulit Komputer Riba HONOR

·       Microsoft Office Home & Student 2021

HONOR MagicBook 14

RTX2050

16GB+512GB

RM5,099 Tiada

 

 

 

 

·       Beg Galas HONOR

·       Tetikus Bluetooth Tanpa Wayar

·       Sarung Kulit Komputer Riba HONOR

·       Microsoft Office Home & Student 2021

HONOR MagicBook X 15

Intel i3

8GB+256GB

RM2,399 Tiada

 

 

·       Beg Galas HONOR

·       Microsoft Office Home & Student 2021

 

HONOR MagicBook X 15

Intel i5

8GB+512GB

RM2,899 Tiada

 

 

·       Beg Galas HONOR

·       Microsoft Office Home & Student 2021

HONOR MagicBook X 14

Intel i3

8GB+512GB

RM2,599 Tiada

 

 

·       Beg Galas HONOR

·       Microsoft Office Home & Student 2021

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.