Ultimate magazine theme for WordPress.

Realme GT Neo 3T – Harga Promosi Dalam Masa Tempoh Terhad

0

Realme kini sudah melancarkan sebuah peranti baru iaitu Realme GT Neo 3T. Sebuah peranti yang hadir dengan rekaan yang menarik serta pengecasan yang pantas.

Spesifikasi untuk Realme GT Neo 3T ini, ia hadir dengan skrin AMOLED FHD+ yang bersaiz 6.62 inci dengan kadar segar semulanya boleh mencapai sehingga 120Hz dan pensijilan HDR10+. Peranti ini hadir dengan bateri sebesar 5,000Mah malah disertakan bersama pengecasan pantas yang menyokong sehingga 80W.

Realme GT Neo 3T hadir dengan memori dalaman 128GB dan dipadankan bersama 8GB RAM. Kamera belakang hadir dengan 64MP + 8MP + 2MP dan untuk kamera hadapan pula hadir dengan kamera swafoto 16MP.

Untuk peranti Realme GT Neo 3T ini, ia adalah peranti pada kelas pertengahan yang lengkap dengan cip pemprosesan SnapDragon 870 bersama GPU Adreno 650. Peranti ini dijual dengan tanda harga rasmi RM1,799. Akan tetapi, Realme sedang membuat promosi dan memberi potongan harga sebanyak RM200. Kini dengan tempoh masa yang terhad, peranti ini boleh didapati dengan harga promosi RM1,599 bersama Realme Watch 3 secara percuma. Jadi jangan terlepas peluang, dapatkan sebelum terlambat.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.