Ultimate magazine theme for WordPress.

Garmin Venu Sq 2 – Hadir Dengan Versi Muzik

0

Sebentar tadi sebuah jam tangan pintar untuk kecergasan iaitu Garmin Venu Sq 2 telah rasmi dilancarkan di IFA dengan beberapa penambahbaikan daripada model yang sebelumnya. Lebih menariknya lagi, jam tangan ini boleh bertahan sehingga 6 – 11 hari dengan sekali cas.

Selain daripada itu, jam tangan ini hadir dengan storan yang terbina dan berkemampuan dalam memainkan lagu dengan memindahkan lagu kegemaran kedalam jam tangan ini. Juga jam tangan ini hadir dengan sokongan pembayaran Garmin Pay. Jam tangan pintar ini hadir dengan skrin kotak bersaiz 1.4-inci AMOLED. Sesuai dengan nama yang diberi, jam tangan ini hadir dengan pelbagai ciri penjejakan kesihatan asas seperti GPS, mengimbas nadi, menjejak kitaran haid wanita dan banyak lagi.

Jam tangan ini hadir dengan 2 varian iaitu versi biasa dan versi muzik. Untuk versi biasa, harga rasminya adalah $249.99 (RM1120) dan untuk versi muzik, harganya adalah $299.99 (RM1344) . Jam tangan garmin ini sangat sesuai untuk mereka yang suka bersukan dan sentiasa ingin memantau tahap kecergasan diri.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.