Ultimate magazine theme for WordPress.

Facebook Gaming Akan Ditamatkan Pada Tahun Ini

0

Ramai daripada kita yang menggunakan Facebook untuk hiburan. Dalam aplikasi itu bukan sahaja dapat melihat kemas kini mengenai kawan-kawan, adakalanya kita boleh melayan yang video yang dikongsikan daripada siapa sahaja. Jadi, sudah tentu ramai yang tahu tentang kehadiran Facebook Gaming didalam Aplikasi Facebook tersebut.

Terbaru, Facebook telah mengumumkan untuk menghentikan aplikasi Facebook Gaming itu bermula pada 28 Oktober tahun ini. Facebook Gaming ini hadir untuk pengguna mengetahui kemas kini mengenai gaming, didalamnya terdapat orang bermain games sambil Stream. Terdapat juga mini games yang disertakan disana.

Facebook Gaming yang ketika pandemik sangat popular dengan streamer yang popular seperti Soloz, DaddyHood, Xorn dan banyak lagi. Malah ketika itu, terdapat beberapa selebriti yang turut memeriahkan komuniti steaming seperti JaaSuzuran, Hafizh Syahrin, Fad Bocey dan banyak lagi. 2 Tahun Facebook Gaming dilancarkan dan kini ia akan menamatkan perkhidmatan buat selamanya.

 

Sumber Gambar : techcrunch & pcmag

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.