Ultimate magazine theme for WordPress.

Vivo V25 Dan V25e Telah Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,399

0

Hari ini Vivo telah melancarkan peranti baru dan perlancaran ini dijalankan secara langsung di Sunway Resort. Peranti baru daripada Vivo ini hadir dengan rekaan tubuh yang menarik dan unik, malah turut diperlihatkan peranti Vivo ini menawarkan perkakasan dalaman yang mempunyai eleman menarik yang tersendiri.

Mari kita mulakan dengan Vivo V25 5G, peranti ini hadir dengan skrin yang bersaiz 6.44-inci dan hadir dengan skrin OLED malah resolusinya hadir dengan FHD+, untuk kadar segar semulanya mampu mencapai sehingga 90Hz. Pada sistem kameranya, Vivo V25 5G hadir dengan tri-kamera, kamera utama 64MP dengan sensor Optical Image Stabilizer (OIS), 8MP untuk Ultra-Lebar dan 2MP untuk kamera Super Makro. Menariknya, kamera hadapan peranti ini hadir dengan 50MP.

Vivo V25 5G hadir dengan bateri sebesar 4,500Mah dengan sokongan pengecasan pantas yang mecapai sehingga 44W FlashCharge, dipadankan pula denga cip pemprosesan MediaTeck Dimensity 900 dan hadir dengan varian memori dalaman 256GB + 8GB RAM. Lain-lain ciri, peranti ini disertakan dengan Port Pengecasan USB-C, bluetooth 5.2, Wi-Fi 2.4, pengimbasan cap jari pada skrin dan ciri paling menarik, peranti ini hadir dengan sokongan permainan video Boost Mode.

Beralih kepada peranti Vivo V25e, peranti ini hadir dengan skrin yang bersaiz 6.44-inci dan hadir dengan skrin OLED malah resolusinya hadir dengan FHD+. Pada sistem kameranya, Vivo V25e hadir dengan tri-kamera, kamera utama 64MP dengan sensor, 2MP untuk Bokeh dan 2MP untuk kamera Makro. Untuk kamera hadapan peranti ini hadir dengan kamera swafoto 32MP.

Vivo V25e ini hadir dengan bateri sebesar 4,500Mah dengan sokongan pengecasan pantas yang mecapai sehingga 44W FlashCharge, dipadankan pula denga cip pemprosesan MediaTeck Helio G99 dan hadir dengan varian memori dalaman 256GB + 8GB RAM. Lain-lain ciri, peranti ini disertakan dengan Port Pengecasan USB-C, bluetooth 5.2, Wi-Fi 2.4 dan pengimbasan cap jari pada skrin.

Kedua peranti Vivo ini telah rasmi dijual di Malaysia. Vivo V25 hadir dengant tanda harga rasmi RM1,799 dengan hadiah percuma bernilai RM577. Untuk peranti Vivo V25e pula, rasmi dengan tanda harga yang sedikit murah iaitu RM1,399 denga hadiah percuma bernilai RM547. peranti-peranti ini sudah boleh di pra-tempah bermula hari ini 29 Ogos 2022 – 2 September 2022 dan boleh didapati di pengedar sah seluruh Malaysia dan kedai atas talian rasmi Vivo di Lazada dan Shopee.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.