Ultimate magazine theme for WordPress.

Syarikat Dell Menutup Perniagaan Di Negara Russia

0

Bila bercakap mengenai Russia, mesti terus terlintas mengenai peperagannya bersama negara Ukraine. Dell daripada syarikat teknologi, kini telah menyatakan hasratnya untuk berhenti beroperasi di negara Russia dan keputusan ini adalah disebabkan peperangan yang berlaku diantara dua negara tersebut. Seperti yang sedia maklum, perang antara Russia dan Ukrain bermula sejak Fabuari lalu dan sehingga ke hari ini masih belum nampak akan penghujungnya.

Mungkin ini adalah tanda sokongan Dell untuk meminta supaya Rusia menghentikan peperangan ini. Seperti yangs sedia maklum, Syarikat Dell sebelum ini telahpun menghentikan jualan, perkhidmatan bantuan teknikal dan sokongan perisian kepada Rusia. Walaupun Dell mempunyai pegangan yang besar dalam perniagaan komputer di Rusia, Dell tetap tegak dengan keputusannya.

 

Walau bagaimanapun, pekerja yang bekerja bersama Dell di negara Rusia itu telahpun mendapatkan tawaran pekerjaan lain sebelum Dell sepenuhnya menghentikan perniagaannya disana.

Sumber : reuters

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.