Ultimate magazine theme for WordPress.

Sony Menaikkan Harga PS5 Sebanyak RM200 Untuk Kedua Varian

0

Berita yang agak terkejut untuk para Gamers, Sony nampaknya akan menaikkan harga jualan untuk permainan video PS5. Ini terjadi bukan pada negara kita sahaja, kenaikan harga ini turut dirasai di seluruhh dunia seperti negara-negara Eropah, Afrika, Asia-Pasifik, Timur Tengah, Amerika Latin dan Kanada. Akan tetapi hanya 1 negara yang tidak merasai kenaikan ini, iaitu negara Amerika Syarikat.

Sony turut perjelaskan, kenaikan ini bukan suka-suka, tetapi setelah dilihat daripada kadar inflasi yang semakin tinggi dan persekitaran ekonomi global, ia turut menjadi penyebab pada kenaikan harga ini. Malah ketika pandemik, Sony turut menghadapi masalah pada pembekal cip. Walaupun tiada lagi pandemik, akan tetapi peningkatan inflasi yang sangat drastik turut memberi kesan pada Sony.

 

mari sini min tunjukkan perbezaan harga dulu dan sekarang.

  • Ultra HD Blur-Ray Disc Drive: RM2,499 (Harga Sebelum: RM2,299)
  • Digital Edition: EM2,069 (Harga Sebelum: RM1,869)

Min harap sudah naik harga ni, percepatkan juga bahagian pembekal untuk PS5 dekat Malaysia. Cepat sangat habis, nak pre-order pun tak sempat. Nak beli dekat Scalpers memang tak berbaloi. Haha

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.