Ultimate magazine theme for WordPress.

DILEMA NAK BELI TABLET ATAU LAPTOP ? – HUAWEI PC LIKE KAN ADA!

0

Pernah tak korang rasa dilemma nak beli laptop tapi besar sangat, nak beli tablet tapi fungsi dia tak macam laptop? min biasa rasa macam ni lagi-lagi bila time dekat luar nak buat artikel ke nak edit video ke mesti nak pakai jugak laptop tapi nak kena pasang cable la, nak kena ada ruang besar la. Stress wei!

 

Tapi dengan zaman IT dan teknologi kini semua jadi mudah lagi-lagi bila Huawei memperkenalkan konsep terbaharu mereka, iaitu PC-Like. Maksudnya seumpama PC yaa. Haa ni nak cerita ni.

Baru – baru ini Huawei telah melancarkan tablet terbaharu mereka iaitu MatePad Air dan MatePad 11.5.

Huawei MatePad Air hadir dengan design yang sleek, minimalist serta portable. Tablet ini hadir dengan paparan sebesar 11.5inci dengan QHD + Full View Display. Dengan 2.8K High Resolution, Dynamic Refresh Rate sehingga 144hz, P3 colour gamut dan 291 PPI memang warna displaynya mantap mentong!

Bila korang beli tablet ni sekarang auto dapat sebuah Smart Magnetic keyboard yang akan menambahkan lagi pengalaman PC-Like korang dan thanks juga untuk screen ratio 3 nisbah 2 nya, ia memberikan pengalaman visual setaraf pc like display.

Tambahan lagi, Huawei MatePad Air dan MatePad 11.5 hadir exclusive dengan WPS Apps yang mempunyai semua Offices software yang memudahkan korang untuk menulis surat atau nota, membuat spreadsheet ataupun untuk buat presentation

Kalau korang just nak guna tablet ni untuk tengok movie atau netflix and chill pun best wey, sebab ia dibina dengan speaker Histen 8.0 Quad Speaker dengan AI Noise Cancellation, takkan tak padu!

Dah semua pun mantap, chipset dia pun power, dengan 888 5nm Qualcomm Snapdragon Flagship Chip. Main game pun sedap and of course mampu support kita nak ber-multitasking.

dan yang palingg penting Huawei MatePad Series ni boleh install apa-apa sahaja Google Apps. Serius!

Huawei MatePad Air sekarang hanyalah dijual dengan tanda harga RM2,799. Tapi kalau la korang cakap nak save tak nak keluar banyak duit, nak budget, bolehh Huawei MatePad 11.5 dijual dengan tanda harga RM1,499 je!

Dah cerita panjang lebar pasal tablet dari Huawei, tapi masih lagi ada yang kata nak guna laptop jugak, lagi best. Okay takpe, Huawei juga baru sahaja melancarkan siri Laptop baharu iaitu Matebook D14.

For first, ia hadir dengan rekaan premium serba nipis , stylish, serta ringan, menjadikan ianya mudah di bawa kemana sahaja. Dengan paparan 16 nisbah 10 jenis anti glare, ianya bukan sahaja praktikal bagi kegunaan documentation, malahan ianya juga baik untuk penjagaan mata bagi penggunaan jangka Panjang.

Huawei Matebook D14 ni dibekalkan dengan 12th gen intel core i5 P series which is lebih pantas dari previous similar processor U series. Ini memberikan prestasi professional yang tersangatlah pantas. Ha banyak betul pantas ni! Huawei Metaline Antenna technology serba baru membolehkannya untuk  detect signal wifi dengan stabil sekali walaupun dari jarak sejauh 270meter.

 

 

Kalau korang kata nak ada dua-dua tablet dan jugak laptop, fuh, function dia untuk communicate antara Huawei Devices korang memang seamless! dengan features multitasking moden seperti super device dan superhub korang boleh pairing ia dengan peranti lain seperti newly launch Huawei matepad air dan matepad 11.5 untuk memberikan complete ecosystem experience.

 

Fuh, mana korang nak dapat laptop dengan fungsi melimpah ruah macam ni kan. The best part adalah, semua ni korang dapatkan bermula rm3199 sahaja.

So better korang grab cepat sebelum terlambat.

 

Kalau korang nak tengok macam mana experience PC-Like ni, meh tengok sini review kitorang!

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.