Baru-baru ni min share dengan korang betapa hebat dan mantapnya kalau guna peranti mudah alih atau mobile phone untuk mengambil gambar dengan power dan jayanya. Tapi orang ramai cakap “eh bang tapi tu yang Oppo Reno 10 Pro + 5G bang, kalau nak beli Oppo Reno 10 Pro 5G je, okay tak?”
Haa, macam ni ceritanya walaupun video dekat channel Izami Gadget membandingkan phone Oppo Reno 10 Series dengan berbeda device, tidak bermaksud one less than the other haa gituww. In fact dalam channel English min, ada cover perbezaan dua-dua Oppo Reno 10 Series ni. Kalau nak check it out sini ye.
Tapi tidak mengapa sini min nak cerita dekat korang best ke tak best Oppo Reno 10 Pro 5G. Letttsssss go!
Dari segi design, sebijik sejiban dengan Oppo Reno 10 Pro 5G walaupun ia berasaskan plastic body dan beratnya yang sedikit ringan berbanding abangnya Pro +, iaitu 185g sahaja, tetapi tetap sama dengan premium looks beliau. Mempunya design camera bump serba baharu yang sama, cuma berbeza dari segi warna di takuk bawahnya sahaja di mana ia berwarna hitam dengan tulisan AI Potrait Cam. Warna yang dikurniakan kepada kami kali ini adalah warna ungu ataupun metallic purplish yang unik dan shine bright like a diamond gitu!
Display peranti ini juga sama sahaja dengan Pro + edition iaitu hadir dengan AMOLED, 1B colors, 120Hz, HDR10+, 500 nits (typ), 1100 nits (HBM), 1400 nits (peak), cuma perbezaannya di skrin dimana ia bersaiz 6.7 inches dan juga pada resolusi iaitu 11080 x 2412 pixels sahaja, tetapi ia masih memberikan skrin peranti ini mempunyai vivid colours dan still puas hati untuk korang layan video Youtube Izami Gadget puas-puas kat peranti korang tu.
Adakah peranti ini akan mempunyai lag sebab dia lebih murah? ohh tidak sama sekali, peranti ini berasaskan Android 13 – Color OS 13.1 memberikan experience sama dengan Pro + edition iaitu dengan 120Hz kadar segar semula. Oppo tidak compromise dari segi ini. Good Job Oppo.
Semua orang mesti nak tau part ni kan, yes sebab this is a Camera Phone kan, dari segi camera Oppo Reno 10 pro 5G dibina dengan:-
Rear Camera – 50 MP, f/1.8, 24mm, 1/1.56″, 1.0µm, multi-directional PDAF, OIS
Telephoto Camera – 32 MP, f/2.5, 1/2″, 0.7µm, PDAF, 3x optical zoom, OIS
Ultrawide Camera – 8 MP, f/2.2, 112˚, 1/4.0″, 1.12µm
Selfie Camera – 32 MP, f/2.4, 22mm , 1/2.74″, 0.8µm, AF
So kat mana beza dia? di telephoto camera dia sahaja. Lain semua sama. Jangan cakap kurang MP akan menyebabkan gambar tak cantik. Tengok sini dulu sample gambar yang kitorang ambik
Walaupun Oppo hanya memberikan Reno 10 Pro 5G ini dikuasakan dengan Qualcomm SM7325 Snapdragon 778G 5G (6 nm), CPU – Octa-core (1×2.4 GHz Cortex-A78 & 3×2.2 GHz Cortex-A78 & 4×1.9 GHz Cortex-A55) dan GPU Adreno 642L, ia tetap mampu untuk menjalankan multitasking, day to day task punya usage tanpa ada sebarang lag sepanjang kami gunakan.
Untuk menambah selera korang, 80W Supervooc charger juga diberikan di dalam kotak bersama Charging Brick dan USB Type A to Type C cable yang membolehkan korang charge phone korang 10 minit dapat 48% dan 26 minit dapat full battery. Senang cerita, kalau korang charge 5 minit, masih boleh main game 2 jam!
Jadi setelah panjang lebar min bercerita, korang boleh decide, okay tak okay kalau nak beli Oppo Reno 10 Pro 5G ni. For the price RM2,199 min rasa still sangat berbaloi. Kalau korang nak beli phone ni terus, link dekat sini. Kalau korang rasa haish masih belum puas buat research, meh tengok video kitorang compare dengan phone lain dekat sini ya!
Comments are closed.