Ultimate magazine theme for WordPress.

Foldable Phone Berbaloi? – Honor Magic Vs

0

Peranti boleh lipat semakin popular kebelakangan ini dengan macam-macam jenama yang makin mendalami teknologi ini. Kalau masa kita kecil dulu, benda lipat lipat ni baju je, henpon apa semua tak ada. Tapii. haa tapi pulak, yelah bila dah ada banyak sangat jenama ni menjadi isu pulak, nak pilih yang mana, yang mana paling bagus, paling nipis, paling power. Ah sudah, macam mana? Itsokay jangan risau, itu gunanya min dekat sini bersama rakan – rakan reviewer tech sekalian diluar sana. Kami review, kami beritahu, kami kongsi.

Apa yang kami nak kongsikan hari ini adalah secara spesifiknya Honor Magic Vs yang juga dilancarkan di Mobile World Congress (MWC) 2023 February lalu. Alaa yang kitorang pegi tu laa. Hehe.

Dengan hanya 267g sahaja, peranti ini mempunyai inner screen sebesar 7.9 inch dan external screen sebesar 6.45 inches. Ditambah lagi pula dengan Screen OLED memberikan resolusi inner screen: 2272 × 1984 dan external screen: 2560 × 1080.

Honor Magic Vs pula dibekalkan dengan processor Snapdragon® 8+ Gen 1 dan dilengkapi dengan OS atau Operating System MagicOS 7.1 (Based on Android 13). Walaupun ia hanya mempunyai satu variant sahaja, tetapi 12GB + 512GB terlebih cukup dahhh untuk kita punya daily usage dan jugak menjadikan peranti ini sebagai mini tablet.

Kamera, apa yang ditawarkan oleh Honor untuk Magic Vs ni, haa tengok sini:-

Kamera Belakang

54MP Main Camera (f/1.9)

50MP Ultra Wide Camera (f/2.0)

8MP telephoto Camera (f/2.4,OIS)

Support for 4K (3840×2160 pixels)

3x Optical Zoom, 30x Digital Zoom

8768×6144 pixels

Rear single LED flash

Capture Mode

AI photography, Super Wide Angle, Aperture, Night shot, Portrait mode, Photo, Pro mode, Video, Panorama, Filter,Watermark, Scan Document, Super Macro, Capture smiles, Time-lapse, Timer, Movie, Slow-MO,Story

EIS+OI

Kamera Hadapan

16MP Camera (f/2.45)

16MP Camera (f/2.45)

4608×3456 pixels

Supported 1080P(2520*1080 pixels)

Capture Mode

Portrait, Filter, Watermark, Capture smiles, Mirror reflection, Timer, Night, Gesture control

Face Recognition

Supported 2D

 Ni ha sample gambarnya

 

 

Bateri, ya secara tipikal mesti semua akan ingat bateri cepat kong kan. ho ho ho, tidak, bateri Honor Magic Vs tahan sehari lebih gais. Yes betul tu dengan 66W Honor SuperCharge, lagi tak payah pikir nak kena charge lama-lama phone tu, pagi bangun charge, siap2 semua, dah mencukupi untuk menggunakannya sepanjang hari.

Conclusion, Honor Magic Vs, bukan lah foldable phone yang paling hebat, atau pun paling nipis, atau pun paling best, ataupun paling murah. Tetapi, ia adalah foldable phone yang paling berbaloi untuk dibeli dengan mengambil aspek harga, usage, camera, gapless hinges. Untuk RM5,999? Yes ia berbaloi jika anda perlu menggunakan sebuah peranti foldable.

 

Jadi kalau korang nak tengok review comparison phone ni dengan jenama ehem ehem boleh check link sini. Kalau nak beli terus sini haa mariii!  Chowwww.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.