Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri HONOR 90, revolusi telefon pintar bakal tiba di Malaysia!

0

Nantikan kemunculan telefon pintar baharu HONOR yang bakal membawa revolusi dalam industri mudah alih! HONOR Malaysia akan melancarkan HONOR 90, telefon pintar baharu yang dinanti-nantikan ramai dalam masa terdekat. Iklan promosi rasmi terkini memaparkan selebriti China, Yang Yang menunjukkan HONOR 90 dalam warna berlian perak atau Diamond Silver yang cukup menawan.

HONOR 90 dikenali dengan fotografi revolusionar dan ciri perlindungan mata. Peranti ini didatangi dengan Kamera Penderiaan Super 200MP dan Pemalap PWM Ultra Tinggi 3840Hz, menjadikan HONOR 90 antara telefon mid-rangeterbaik dalam pasaran.

HONOR 90 – Reka Bentuk Revolusionar yang Terperinci

HONOR 90 mengetengahkan reka bentuk menawan dan berlainan. Siri N tersebut menampilkan reka bentuk duaan cincin klasik yang diinspirasikan daripada ‘Mirror Luna’, iaitu dua bulatan bertindih dan berbentuk elips. Rekaan ini menggambarkan fasa-fasa bulan yang memukau.

Mengenai warna pula, keterangan Diamond Silver adalah inspirasi daripada barang kemas mewah yang kehalusan buatan. Warna tersebut menonjolkan kecanggihan, kemewahan dan gaya yang tiada tandingan.

Penantian hampir tamat!

HONOR Malaysia bakal mengumumkan tarikh pelancaran Siri HONOR 90. Nantikan era baharu kehebatan teknologi dan pengalaman luar biasa. Ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia untuk maklumat terkini eksklusif dan bersedia untuk kagum dengan gabungan sempurna reka bentuk dan kecanggihan teknologi Siri HONOR 90.

Nak tengok kitorg unboxing Honor 90? Meh tengok sini! atauu siniii!

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.