Ultimate magazine theme for WordPress.

Oppo Reno8 Z 5G – Hadir Dengan Reka Bentuk Yang Baharu

0

Oppo kini mengemaskini dan memberi penawaran kepada peranti Oppo Reno8 mereka. Dengan kemaskini terbaru ini, Oppo kini secara rasmi melancarkan peranti Oppo Reno8 Z 5G yang mana spesifikasi masih kekal sama, perubahan yang dapat dilihat nampaknya lebih kepada reka bentuk peranti tersebut.

Meninjau pada bahagian spesifikasi peranti Oppo Reno8 Z 5G ini, Ia hadir dengan saiz skrin 6.4 inci bersama skrin jenis AMOLED dan beresolusi FHD+. Pada bahagian kamera pula hadir dengan sistem tri-kamera dimana sensor kamera utama adalah 64MP, untuk kamera mono dan makro hadir dengan 2MP. Pada bahagian kamera hadapan iaitu kamera swafoto, ia hadir dengan 16MP. Untuk bahagian bateri, peranti ini hadir dengan bateri berkapasiti 4,500Mah dengan pengecasan yang menyokong sehingga 33W. Storan hadir dengan 8GB RAM + 256GB dan cip pemprosesan untuk peranti ini disertakan bersama SnapDragon 695.

Jualan peranti ini secara rasminya dijual pada hari ini iaitu 26 Ogos 2022 dengan tanda harga rasminya RM1,799, jadi jangan terlepas untuk mendapatkan peranti ini sebelum kehabisan stok. Selain itu, dengan pembelian pada hari ini, Oppo memberi penawaran hadiah percuma yang bernilai RM997. Dipasaran, peranti ini hadir dengan varian warna DawnLight Gold dan StarLight Black, semua ini boleh didapati di My Oppo Space, kedai rasmi Oppo dan pengedar sah di seluruh Malaysia.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.