Ultimate magazine theme for WordPress.

Amazfit GTR 4 dan GTS 4 Bakal Rasmi Di Malaysia

0

Setelah perlancaran secara rasmi Amazfit GTR 4 dan GTS 4 di acara IFA 2022 pada awal September 2022 lalu. Kini, berita gembira kepada peminat Amazfit, jam tangan ini bakal rasmi di Malaysia tidak lama lagi.

Amazfit GTR 4 hadir dengan skrin bersaiz 1.47″ AMOLED bertubuh logam tahan karat serta ia juga dihadirkan dengan muka jam berbentuk bulat. 2 Butang kuasa dilihat hadir pada sisi kanan dan jam tangan ini disertakan dengan 150 aktiviti sukan beserta dwi-GPS yang berkebolehan menjejak lokasi dengan sangat tepat. Untuk kali ini, bateri untuk Amazfit GTR 4 mempunyai ketahanan sehingga 50 hari pada mod biasa dan pada mode jam tangan pintar pula ia mampu bertahan sehingga 2 minggu.

Amazfit GTS 4 pula hadir dengan skrin bersaiz 1.76″ AMOLED berbentuk muka jam segi empat. Untuk ciri dan bagaimana ia berfungsi sama seperti GTR 4, cumanya perbezaan yang min nampak disini, GTS 4 hadir dengan 1 butang kuasa di sebelah sisi kanan dan ketahanan bateri hanya mampu bertahan selama 30 hari untuk mod biasa dan untuk mod jam tangan pintar pula berketahanan menjadi hari sahaja.

Jadi kepada yang tidak sabar dengan kehadiran 2 model baharu daripada Amazfit, tetaplah menanti walaupun sehingga ke hari ini masih belum pasti bilakah tarikh perlancarannya. Sama-samalah kita nantikan.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.