Ultimate magazine theme for WordPress.

Apple Melancarkan AirPods Generasi Ketiga di Acara Apple ‘Unleashed’

0

Hari ini, Apple telah menganjurkan acara ‘Unleashed’ yang memfokuskan pada MacBook Pro yang berasakan M1 Pro yang baru, membawa SoC Apple ke tahap seterusnya setelah pelancaran cip M1 pada tahun 2020.

Selain MacBook, Apple juga turut mengumumkan produk berkenaan audio tertentu dan yang paling utama adalah AirPods baru generasi ketiga. AirPods generasi ketiga ini menerima pelbagai penambahbaikkan dari segi jangka hayat bateri yang lebih baik, sensor pengesanan dalam telinga, dan Adaptive EQ.

 

Audio AirPods generasi ketiga ini turut mendapat sokongan Dolby Atmos (untuk Apple Music) dan mempunyai Spatial Audio, yang menurut Apple kini mempunyai penjejakan kepala dinamik di AirPods.

Apple menyatakan bahawa Apple AirPods generasi ketiga ini mempunyai ketahanan bateri sehingga 6 jam untuk penggunaan secara berterusan dan 5 jam untuk penggunaan Spatial Audio serta dapat bertahan 30 jam dengan adanya pod pengecasan (kerangka simpanan).

Selain itu peranti ini  mempunyai perlindungan IPX4  yang kalis peluh dan air serta mempunyai sokongan bagi  pengecasan menggunakan MagSafe.

AirPods generasi ketiga ini boleh ditempah hari ini pada tanda harga $179 (~RM 746) dan akan mula dijual bermula 26 Oktober ini. 

 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

Sumber

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.