Ultimate magazine theme for WordPress.

Apple Music Live Mula Diperkenalkan Yang Mana Kita Boleh Menonton Konsert Secara Live

0

Salam Takdir Tercipta, Apple tanpa menoleh kiri kanan, mereka terus bergerak kehadapan dengan memperkenalkan sebuah ciri baru didalam Apple Music yang mana pengguna boleh menonton konsert secara live dan ianya diperkenalkan dengan nama Apple Music Live.

Untuk pembukaan Apple Music Live ini, Apple menawarkan konsert artis kegilaan ramai iaitu Harry Style yang kini bergerak solo daripada kumpulan lamanya iaitu One Direction. Konsert live ini akan berlangsung pada 20 Mei bertempat di New York. Pengguna boleh melihat konsert secara live itu secara Percuma yang ianya hanya boleh diakses melalui Apple Music.

Dengan ciri yang Apple sajikan ini, bermakna kita boleh menikmati konsert terus daripada rumah atau dimana sahaja kita berada dengan hanya perlu mengakses Apple Music sahaja. Apple juga ada mengatakan bahawa mereka akan menganjurkan banyak lagi siri Apple Music Live, yang mana ianya berkebolehan untuk mengakses ke konsert-konsert secara langsung terus daripada artis kegemaran ramai. Come On geng, Harry Style kot.. Artis favorite min tu hahaha. Sampai berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.