Ultimate magazine theme for WordPress.

Apple Watch Series 8 – Rasmi Dengan Sensor Suhu Kulit

0

Apple tidak ketinggalan dalam perkenalkan jam tangan baharu mereka iaitu Apple Watch Series 8. Dimana kita semua tahu bahawa Apple Watch sebelum ini memfokuskan pada kecergasan tetapi nampaknya Apple telah menaik taraf dengan memberi ciri seperti sensor suhu kulit pada model terbarunya.

Untuk memastikan ia berfungsi dengan baik, Apple mengatakan bahawa terdapat 2 sensor disertakan bagi membaca kadar suhu badan melalui kulit yang diletakkan di pergelangan tangan. Dimana bacaan suhu akan dilakukan pada setiap 5 saat dan Apple mengatakan Apple Watch Series 8 ini dapat mengenal pati sekiranya terdapat perubahan pada suhu badan.

Selain daripada itu, untuk pengguna wanita. Jam tangan ini berkemampuan dalam memantau data berkenaan ovulasi mereka.

Selain daripada itu, buat pertama kalinya. Produk apple hadir dengan ciri membantu dalam menghubungi bantuan sekiranya terlibat dalam kemalangan. Dimana cara ia berfungsi adalah selepas mengenal pasti terdapat hentakan, Apple Watch akan terus memaklumkan kepada pihak berkuasa. Ini kerana komponen yang Apple sertakan pada jam tangan ini iaitu gyroskop yang mana cirinya mampu mengenal pasti kesan hentakan atau sebarang impak yang kuat.

Selain itu, Apple watch turut hadir dengan ketahanan bateri yang boleh dipakai sehingga 18 Jam dan dengan low mode, ia mampu bertahan sehingga 36 jam penggunaan. Apple juga turut mengatakan bahawa Apple Watch Series 8 untuk varian selular mampu menyokong untuk roaming.

Berikut adalah harga rasmi untuk Apple Watch Series 8

RM1,89941mm

RM1,999 – 45mm

 

versi selular

RM2,299 – 41mm

RM2,399 – 45mm

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.