Ultimate magazine theme for WordPress.

Apple AirPods Pro 2 Rasmi Cip Apple H2

0

Pasti ramai yang ingin mengetahui mengenai AirPods Pro2 daripada Apple ni kan? Jadi Apple telahpun merasmikan sebuah AirPods dengan perkenalannya AirPods Pro2 dan ianya rasmi dengan cip Apple yang baharu iaitu H2.

Kalau kita lihat pada rekaannya, nampaknya Apple tidak membuat perubahan yang banyak dan kalau tengok sepertinya tiada perubahan yang dilakukan oleh Apple untuk AirPods Pro2 ini, cuma apa yang Apple sentuh kebanyakannya adalah bahagian dalamnya. Dimana Airpods Pro2 ini mampu membatalkan hingar sehingga 2 kali lebih kedap daripada sebelumnya. Kualiti audio pula makin berkualiti dan mampu memberi pendengan yang mengasyikkan, sama seperti ciri Spatial Audio yang lebih mantap.

Kini Apple telah perkenalkan ciri untuk pad sesentuh bagi mengawal aras bunyi. Pada baterinya pula, AirPods Pro2 ini mampi bertahan sehingga 6 jam dengan sekali pengecasan dan mampu bertahan sehingga 30 jam sekiranya ia disertakan bersama pod pengecasan.

Pada bahagian pengecasan pula, Apple akan sertakan pengecasan MagSafe dan hadir juga dengan lubang untuk sangkut rantai kunci agar ia lebih selamat dan tidak mudah tercicir.

Di Malaysia, Tarikh penjualan AirPods Pro2 masih belum diumumkam. Tetapi Apple telah menyatakan bahawa AirPods Pro2 ini rasmi dengan tanda RM1,099.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.