Ultimate magazine theme for WordPress.

5 Sebab Honor Magic6 Pro lebih berbaloi berbanding Samsung S24 Ultra

0

Tahun 2024 sudah nak masuk suku yang kedua dan kita dah lihat pelbagai peranti hebat dan menarik masuk ke pasaran Malaysia. Antara yang menjadi pilihan ramai sudah tentu Samsung Galaxy S24 Ultra dan juga, kerana ianya dilancarkan terlebih dahulu dan penuh dengan pelbagai fungsi dan penawaran.

Tetapi dengan kehadiran Honor Magic6 Pro yang telah rasmi di pasaran Malaysia, adakah ianya pesaing yang cukup hebat untuk menandingin Samsung S24 Ultra? Jom kami kongsi kan sebab sebab kenapa kami berpendapat Honor Magic6 Pro adalah pilihan yang lebih berbaloi berbanding Samsung Galaxy S24 Ultra.

 

Tanda Harga

(Harga Rasmi Samsung S24 Ultra varian 12gb Ram + 512gb Storan)

 

(Harga Rasmi Honor Magic6 Pro varian 12gb Ram + 512gb Storan)

 

Yang pertama sudah tentu dari segi penawaran harga, dimana Samsung Galaxy S24 Ultra ditawarkan dengan tandaharga RM6799 berbanding Rm4499 pada Honor Magic6 Pro untuk varian yang sama iaitu 12gb Ram beserta 512gb storan dalaman. Disini kita dapat lihat Honor Magic6 Pro menawarkan penjimatan lebih kurang RM2300 berbanding Samsung.

 

Kamera

(spesifikasi kamera Honor Magic6 pro dan Samsung galaxy S24 Ultra)

Seterusnya adalah dari segi kemampuan kamera. Secara atas kertas, sudah tentu keduanya adalah yang terbaik dalam kategori peranti mercu. Masing masing hadir dengan sensor yang cukup terkini dan bagus. Samsung mempertaruhkan 200mp Sensor utama, manakala Honor pula dengan 180mp Tele-falcon sensor nya. Keduanya sudah tentu mampu menghasilkan imej yang cukup cemerlang.

 

(perbandingan imej antara Honor Magic6 Pro dan Samsung Galaxy S24 Ultra)

(perbandingan imej antara Honor Magic6 Pro dan Samsung Galaxy S24 Ultra)

 

Tapi Honor Magic6 Pro menunjukkan kehebatan di dalam kategori telefoto, dimana imej zoom terhasil adalah lebih jelas dan penuh maklumat walaupun setelah di crop berkali kali.

 

(perbandingan imej antara Honor Magic6 Pro dan Samsung Galaxy S24 Ultra)

(perbandingan imej antara Honor Magic6 Pro dan Samsung Galaxy S24 Ultra)

(perbandingan imej antara Honor Magic6 Pro dan Samsung Galaxy S24 Ultra)

(perbandingan imej antara Honor Magic6 Pro dan Samsung Galaxy S24 Ultra)

 

Kemudian dengan teknologi Motion Sensing yang ada pada Honor Magic6 Pro, ia mudah untuk mengambil imej subjek bergerak pantas, lantas mengurangkan risiko gegaran atau blurriness tak kira dalam situasi cukup cahaya atau malap.

 

Bateri

(Perbandingan Kapasiti Bateri antara Honor Magic6 Pro dan Samsung Galaxy S24 Ultra)

 

(Perbandingan set pengecasan yang diterima dalam kotak kedua peranti)

 

Seterusnya adalah dari segi bateri, dimana Honor Magic6 Pro dengan Honor Silicon Batery 2.0 nya bukan sahaja hadir dengan kapasiti yang lebih besar iaitu 5600mah berbanding Samsung Galaxy S24 Ultra yang hanya pada 5000mah, Tapi Honor Magic6 Pro juga menyokong pengecasan pantas 80w berwayar dan 66w nirwayar berbanding Samsung yang hanya menyokong 45w berwayar dan 15w nirwayar.

Selain dari itu, Honor juga hadir dengan set lengkap adapter pengecasan pantas 100w beserta kabel pengecasan berbanding dengan Samsung yang hanya memberikan kabel sahaja di dalam kotak.

 

Paparan

(Perbandingan paparan Honor Magic6 Pro dan Samsung Galaxy S24 Ultra)

 

(Perbandingan set pengecasan yang diterima dalam kotak kedua peranti)

(Perbandingan set pengecasan yang diterima dalam kotak kedua peranti)

(Perbandingan set pengecasan yang diterima dalam kotak kedua peranti)

 

Untuk paparan Honor Magic6 Pro hadir dengan paparan yang bukan sahaja berkualiti, malahan sekali ganda lebih cerah pada 5000nits berbanding Samsung S24 Ultra yang malap pada 2600nits sahaja.

Dan dengan Honor Nanocrystal Shield display teknologi, ianya kini adalah 10 kali lebih tahan dan lasak berbanding paparan kebanyakan peranti dalam pasaran ketika ini. Malahan Honor juga menawarkan waranti 365 hari Front & Back Screen crack replacement secara percuma pada setiap pembelian Honor Magic6 pro ini.

Paparan Honor Magic6 Pro juga hadir dengan pelbagai fitur penjagaan mata seperti 4320hz PWM Dimming dan juga Circadian night display, yang memastikan mata pengguna terjaga untuk penggunaan jangka panjang.

 

Fungsi AI

(fungsi AI pada Samsung Galaxy S24 Ultra)

(Artikel Samsung akan mengenakan bayaran bagi penggunaan AI pada Masa Hadapan – Credit : Gizmoo)

 

Untuk fungsi AI, kita boleh lihat Samsung mengadaptasi fungsi AI yang tersedia dari pihak Google, dan ianya adalah pelbagai. Cumanya , ianya terlalu banyak hinggakan bukan semua kita perlukan. Malahan pada 2025, Samsung bakal mengenakan bayaran bagi penggunakan yang ingin menggunakan servis AI pada peranti mereka.

 

(Fungsi Magic Portal pada Honor Magic6 Pro)

(Fungsi Magic Capsule pada Honor Magic6 Pro)

(Fungsi Smart Folder pada Honor Magic6 Pro)

(Fungsi Magic Ring pada Honor Magic6 Pro)

(Fungsi All Days FullScreen AOD pada Honor Magic6 Pro)

Honor Magic6 Pro kini juga hadir dengan pelbagai fungsi AI , dan setelah menggunakannya, ianya adalah lebih berguna dan berkait rapat dengan kepenggunaan kita seharian.

Fungsi Magic Portal yang mampu menyingkatkan pencarian sesuatu perkara atau lokasi hanya dengan Drag & Drop imej atau alamat ke sisi paparan Honor sahaja.

Fungsi Magic capsule yang memberi kawalan musik atau video di bahagian sekeliling kamera swafoto tanpa mengganggu penggunaan semasa peranti.

Fungsi Smart Folder yang mampu “expand” icon di desktop peranti untuk akses fungsi yang lebih pantas.

Fungsi Magic Ring yang memboleh kan peranti Honor berhubung dengan peranti lain seperti Laptop untuk penggunaan yang lebih pelbagai dan mudah.

Fungsi “All Days FullScreen AOD” yang memberikan lebih kawalan untuk menyesuaikan lockscreen kita berdasarkan citarasa personal kita.

Dan sebenarnya ada banyak lagi. Dan pihak Honor tidak mengenakan sebarang caj penggunaan fungsi AI ni pada masa kelak.

 

Rumusan 

Jadi bagaimana, adakah sebab yang kami kongsikan di atas cukup untuk membuatkan anda memilih Honor Magic6 Pro berbanding Samsung Galaxy S24 Ultra? Cuba tinggalkan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Bagi yang berminat nak dapatkan Honor Magic6 Pro, boleh klik pautan disini.

 

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.