Ultimate magazine theme for WordPress.

YANG MENARIK TENTANG HUAWEI PURA 70 SERIES

0

Seperti semua maklum, Huawei telah melancarkan serta menjenamakan semula siri peranti mercu kamera mereka yang terkini untuk 2024. Jika dahulu kita kenali nya sebagai Huawei P series, kali ni, ia telah dijenamakan kepada Huawei Pura 70 series, dimana untuk pasaran Malaysia ia hadir dengan 3 siri, Huawei Pura 70, Huawei Pura 70 Pro dan paling atas, Huawei Pura 70 Ultra. Jom kita lihat apa yang menarik untuk siri Pura kali ini.

 

Rekabentuk 

Ketiga tiga siri Huawei Pura 70 kali ni hadir dengan rekabentuk serba baharu dan unik, dimana kali ni mereka mengetengahkan design “Forward” pada kamera module mereka lantas memberikan rupaparas yang berbeza dengan pesaing lain dalam pasaran.

Huawei Pura 70 biasa hadir dengan 3 pilihan warna yang cukup menarik perhatian. Ini semestinya akan menarik minat dan perhatian golongan murah terutamanaya.

(3 warna Huawei Pura 70)

Huawei Pura 70 Pro pula hadri dengan 2 pilihan warna yang lebih professional dan semestinya ini adalah amat sesuai untuk semua golongan pengguna.

(2 warna Huawei Pura 70 Pro)

Huawei Pura 70 Ultra pula hadir dengan rekabentuk dan binaan yang paling premium dimana kali ni, ia hadir dengan panel belakang kulit dengan rekaan bercorak yang sangat sesuai untuk semua golongan terutamanya golongan elit yang mementikan estetik dan kemewahan pada peranti mereka.

(warna Hijau Huawei Pura 70 Ultra)

(warna Hitam Huawei Pura 70 Ultra)

(warna coklat Huawei Pura 70 Ultra)

 

Seperti siri terdahulu, rekabentuk dan binaan Huawei Pura 70 siri kali ni adalah cukup premium, cukup menarik perhatian, sejajar dengan kategori nya sebagai peranti mercu dengan tandaharga yang juga premium.

 

Paparan

Untuk paparan, ketiga tiga hadir dengan paparan terbaik yang pasaran mampu tawarkan ketika ini. Ketiga tiga model menggunakan OLED panel dengan kadar resolusi 120hz yang sudah tentu mampu memberikan pengalaman menonton yang cukup berkualiti dan memberangsangkan.

(Huawei Pura 70 di atas, Huawei Pura 70 Pro di tengah, Huawei Pura 70 Ultra di bawah sekali)

Perbezaan paling ketara antara ketiga tiga paparan siri kali ni adalah, hanya Huawei Pura 70 biasa sahaja hadir dengan paparan rata, manakala Huawei Pura 70 Pro dan Ultra hadir dengan paparan lengkung yang memberikan pengalaman yang lebih premium serta bezelles.

 

(ujian ketahanan pada paparan siri Huawei Pura 70)

Dan untuk kali ni, ketiga tiga siri ini hadir dengan ketahanan paparan serba baharu iaitu Huawei Kunlun Glass 2.0 yang katanya adalah 20 kali lebih tahan dari generasi terdahulu. Tetapi untuk Huawei Pura 70 Ultra, ia ada tambahan Crystal Armour kunlun glass yang memberikan kemampuan anti calar kepada siri ultra sahaja, dan pada sesi ujian kami, ternyata, ketiga tiga siri Huawei Pura 70 kali ni memang tahan lasak paparannya.

 

Kamera 

Memandangkan Huawei siri P atau kini, Siri Pura adalah peranti mercu yang memfokuskan pada kemampuan mobile photography, ketiga tiga peranti ini hadir dengan spesifikasi serta kebolehan kamera yang cukup luarbiasa untuk ketika ini.

(rekabentuk kamera Huawei Pura 70 series)

Huawei Pura 70 Ultra  pula hadir dengan sistem kamera yang berbeza iaitu kali ini, ia hadir dengan sensor 1 inci dengan OIS beserta dengan kebolehan kamera “Pop-Up” secara mekanikal yang pertama dalam industri ketika ini.

(rekaan kamera Pop-up Mekanikal Huawei Pura 70 Ultra)

Tetapi ada 2 fungsi yang menjadi tarikan untuk kali ini. Iaitu fungsi Snapshot yang mampu mengambil gambar bergerak pantas dengan sangat baik, serta kemampuan Macro yang setaraf dengan kemampuan mikroskop yang ada pada ketiga tiga siri kali ni. Sample gambar boleh lihat di bawah ini.

(snapshot imej buku di selak laju)

(snapshot imej motor bergerak laju)

(snapshot persembahan kelapa di jonker street)

(macro shot keratan rentas bawang)

(macro shot keratan rentas fiber)

Prestasi / Performance

Dari segi prestasi, untuk kali ni, Huawei Pura 70 biasa hadir dengan SOC Kirin 9000s, manakala Huawei Pura 70 Pro dan Ultra hadir dengan Kirin 9010. Ketiga tiga siri ini hadir dengan capaian 4G sahaja buat ketika ini.

(ujian pengecasan pantas Huawei Pura 70 series)

Untuk Batteri, Huawei Pura 70 hadir dengan 4900 mah dengan pengecasan pantas 66w berwayar dan 50w nirwayar, Huawei Pura 70 Pro pula dengan 5050 mah dengan pengecasan pantas 100w berwayar, 80w nirwayar, manakala Huawei Pura 70 Ultra dengan 5200 mah dengan pengecasan pantas 100w berwayar beserta dengan 80w nirwayar.

Untuk bateri dan pengecasan, ketiga tiga siri Huawei Pura 70 kali ni boleh bertahan penggunaan 1 hari tanpa masalah dengan kadar pengecasan yang cukup pantas berbanding pesaing lain dalam kelas nya.

 

AppGallery

Seperti semua maklum, Huawei telah beberapa tahun tidak menjalinkan hubungan dengan Google, lantas peranti Huawei sekian lama tiada perisian GMS atau Playstore. Untuk itu, bagi memuatturun segala applikasi, pengguna Huawei boleh berbuat demikian melalui AppGallery yang terbina dan kini ia telah semakin di pertingkat untuk menyediakan pelbagai capaian applikasi yang pengguna biasa gunakan.

(AppGallery yang telah di pertingkatkan)

Malahan kini, melalui cara GBox, pengguna boleh menggunakan Applikasi berkaitan Google dan juga Playstore sekira nya memerlukan. Walaubagaimanapun, ini bukan lah secara rasmi, ini adalah salah satu cara alternatif bagi yang memerlukan applikasi google pada peranti Huawei Mereka.

(Applikasi Google pada Huawei Pura 70 series)

Dan melalui Huawei Pura 70 series ini juga, Huawei memperkenalkan fungsi auto scanning yang akan membuka applikasi Touch N Go e Wallet secara automatis hanya dengan menghalakan kamera Huawei Pura 70 ke barcode atau menghalakan barcode scanner ke paparan peranti ini. Fungsi ini adalah cukup memudahkan bagi membuat bayar melalui applikasi ini.

(Applikasi e Wallet terbuka secara automatis bila Kamera di halakan pada barcode)

 

Harga 

Huawei Pura 70 Series ni telah tersedia untuk di pratempah dengan deposit serendah RM70 sahaja.

Tandaharga Huawei Pura 70 series adalah seperti berikut :

Huawei Pura 70 : RM3699 (12gb/256gb)

Huawei Pura 70 Pro : RM4899 (12gb/512gb)

Huawei Pura 70 Ultra : RM6599 (16gb/512gb)

Dan dengan setiap Pra-tempah, pembeli layak membawa pulang freegift bernilai sehingga RM2376. Jadi tunggu apa lagi, boleh buat pra tempah pada link yang disediakan.

Untuk video penuh, boleh di tonton di bawah :

 

sekian.

 

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.