Ultimate magazine theme for WordPress.

Pra-Tempah Samsung Odyssey Ark 55″ Dan Dapatkan The FreeStyle Yang Bernilai RM4,999

0

Monitor Gaming yang sangat dinantikan daripada Samsung akan tiba di Malaysia! Monitor ini telah dilancarkan pada semua di Pameran Elektronik awal tahun ini, Odyssey Ark ini nampaknya mendapat sambutan yang hangat daripada gamers sejati. yang mana kebanyakan mereka ingin memiliki dan mengasai sendiri pengalaman baharu. Jadi, disebabkan itu Samsung Malaysia Electronics membuat satu penawaran eksklusif apabila anda membuat pra-tempahan untuk 55” Odyssey Ark ini.

Odyssey Ark yang sangat canggih dan berteknologi tinggi ini dibina untuk menyampaikan pengalaman sinematik yang luar biasa, prestasi permainan yang unggul dan skrin monitor yang menawarkan fleksibiliti yang dioptimumkan sepenuhnya. Dengan skrin permainan melengkung 1000R 55-inci pertama di dunia, ia memberikan gambaran yang menakjubkan, mencipta pengalaman yang menaikkan lagi adrenalin pemain dan semestinya monitor ini adalah yang lebih baik daripada monitor dipasaran sebelum-sebelum ini.

Bersama-sama dengan Odyssey Ark, pemain boleh merasai pengalaman yang menakjubkan, dengan penawaran yang belum dirasai. Monitor ini hadir dengan ciri baharu di three worlds of the Ark-verse: Gaming Universe untuk pemain yang menghargai persekitaran permainan yang dioptimumkan, Cinematic Universe untuk pemain yang menghargai pengalaman mendalam dan kualiti bunyi dan Multi-task Universe untuk pemain yang mementingkan kawalan mudah dan kebolehgunaan skrin.

Harga pasaran dan Tawaran Pra-tempahan untuk Odyssey Ark:

Model Harga (RM) Tawaran Pra-Tempahan
55’’ Odyssey Ark RM13,999 Percuma The Freestyle bernilai RM4,999

Sudah boleh membuat pra-tempah 55’’ Odyssey Ark yang berharga RM13,999 dan membawa pulang The Freestyle bernilai RM4,999 secara percuma. Tawaran eksklusif ini hanya sah dari 8 hingga 18 September 2022. Boleh Pra-Tempah Di Samsung Malaysia dan Store Samsung yang sah. Untuk lebih lanjut mengenai Samsung Odyssey Ark ini, boleh dapatkan disini

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.