Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung Galaxy Z Flip4 – Jatuh Cinta Dengan Peranti Boleh Lipat

0

Samsung hadir lagi dengan peranti boleh lipat yang mana dan adakah ia peranti yang harus dimiliki atau hanya perlu dilihat daripada jauh sahaja? Seperti yang sedia maklum, tahun lepas peranti Samsung Galaxy Z Flip3 dengan mudah sudah mengalahkan kembarnya dengan penjualan yang sangat menggalakkan iaitu Samsung Galaxy Z Fold 3, ini kerana Flip3 ditawar dengan harga yang lebih murah dan mampu milik dan ingin min katakan bawaha peranti Samsung Galaxy Z Flip 3 itu lebih menarik dan  lebih membawa kepada lifestyle anak muda.

REKA BENTUK

Pada rekaan peranti, ia terlihat sama seperti model sebelumnya iaitu generasi yang ke-3. Dimana peranti ini hadir dengan sisi dan bahagian belakang yang rata dan bingkai yang digunakan adalah jenis aluminium tahan lasak. Untuk pengalaman memegangnnya, masih terasa sama dengan Flip 3 kerana tiada banyak perbezaan dengan model terbaru Flip 4 ini.

 

Kalau ingin melihat perbezaan yang hadir pada peranti Samsung Galaxy Z Flip 4 ini, boleh terlihat pada engsel dan bezelnya yang telah diubah dan akan mengecilkan peranti ini dalam mod tertutup dan terbuka. Malah dengan engsel yang dihadirkan pada peranti ini terasa lebih tegap dan premium, ini kerana sangat mudah untuk membuka atau menutup skrin tanpa perlu terlalu stuggle untuk melakukannya.

Pada bahagian sisi kiri hanya hadir dengan sim slot dan ia hadir dengan sokongan SIM Nano. Samsung masih tidak hadirkan sokongan SD atau SIM sekunder pada peranti ini. Pada bahagian sisi sebelah kanan pula, hadir dengan butang kuasa dan ia juga digunakan sebagai pengimbas cap jari, selain itu turut terlihat butang laras suara yang kadang-kadang min selalu tersalah tekan. Niat nak tekan butang kuasa, tertekan pula butang volume. Ini kerana kedudukan kedua butang ini agak rapat, ini adalah pada pendapat peribadi min sahaja.

Peranti ini hadir dengan Stereo Speaker dimana ia lengkap dengan sokongan audio Dolby Atmos yang mana audio yang dihasilkan akan lebih jelas dan terang. Mengenai Speakernya, min sangat berpuas hati.

PAPARAN SKRIN

Pada paparan skrin pula, peranti Samsung Galaxy Z Flip4 hadir dengan skrin bersaiz 6.7″ bersama Dynamic AMOLED 2X boleh lipat yang mana jenis skrin ini adalah sama seperti model sebelumnya dan boleh dikatakan Samsung menggunakan semula skrin ini. Ia jenis LPTO yang mana kadar semualanya daripada 1Hz meningkat kepada 120Hz. Jadi untuk responsif pada sentuhan sangat smooth dan ringan.

Bukan itu sahaja, skrin peranti ini turut menyokong Mod HDR10+ yang mana aplikasi seperti Youtube dan Netflix boleh merasai dan diperlihatkan dengan lebih jelas untuk ciri ini. Ini kerana dengan sokongan HDR10+ ini, paparan pada skrin akan nampak lebih terang dan jelas. Untuk keadaan ketika dibawah cahaya matahari, peranti ini tidak mengalami sebarang masalah. Ia dapat diperlihatkan dengan lebih jelas dan mudah untuk kita membaca atau melihat sebarang paparan daripada skrin peranti ini.

Soalan yang selalu ditanya, bagaimana kesan lipatan pada Z Flip4 ini. Jawapan jujur daripada min, kita akan masih nampak kesian lipatannya. jadi untuk permasalahan ini, ia belum lagi dapat dieselesaikan oleh Samsung. Sekiranya mengambil gambar, semasa previu gambar itu, kita boleh perlihatkan muka kita yang sedikit pelik sekiranya muka kita berada betul-betul pada kesan lipatan itu.

Untuk ketahannya pula, Samsung mengatakan peranti ini boleh dilipat sebanyak 200,000 kali untuk buka dan tutup tanpa sebarang kerosakan. Dan Samsung juga menggunakan ketahanan Ultra Thin Glass yang dipasang pada skrin hadapan ini.

Apabila membuka lipatan pada peranti ini, jelas kelihatan perant Samsung Z Flip4 masih lagi mempunyai lubang kamera swafoto di bahagian tengah walaupun kita sudah sedia maklum bahawa Samsung telah menawarkan teknologi Under Display Camera (UDC) pada peranti Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Fold4. Tetapi Samsung nampaknya belum berani untuk meletakkan ciri itu pada peranti Z Flip4 ini, jadi akibatnya ketika melihat video, paparan video itu akan terganggu dengan lubang kamera yang ada pada peranti ini.

Ketika dilipat, skrin di luar nampaknya hadir dengan bersaiz 1.9AMOLED. Menariknya, kita boleh mengakses dengan cepat pada notifikasi, penggera dan sebagainya. Malah kita boleh menukarkan skrin hadapan ini pada skrin berwarna.

SISTEM OPERASI & CIP PEMPROSESAN

Sistem operasi yang digunakan adalah Android 11 dengan pelancar One UI 4.1.1 yang mana versi ini adalah sistem operasi yang sama digunakan pada Z Flip3 pada ketika ini dan cip pemprosesan untuk peranti ini hadir dengan SnapDragon 8+ Gen 1

 

Sedikit kekecewaan yang min dapat katakan kerana Samsung tidak memberi banyak pembaharuan kepada peranti ini. Ciri biasa seperti Multi Window, Mod Gelap dan beberapa lagi, masih sama dan min tidak dapat sangat menikmati perkara yang baru apabila memiliki peranti Samsung Z Flip4 ini.

STORAN

Memori dalaman hadir dengan storan sehingga 512GB dan 8GB RAM dan boleh dipertingkatkan secara maya menerusi RAM Plus dan Samsung menawarkan sehingga saiz memori 2,4,6,8GB bersama sebahagian storan yang diambil untuk digunakan sebagai RAM. Jadi dengan storan sebesar 512GB, pastinya dapat memuaskan hati pelanggan dan tiada lagi rungutan mengenai storan yang kecil.

BATERI

Samsung Galaxy Z Flip4 ini hadir dengan bateri berkapasiti 3700Mah yang mana lebih besar berbanding model sebelumnya iaitu 3300Mah. Ini kerana pada model sebelumnya, terdapat banyak aduan mengenai ketahanan bateri yang dikatakan tidak boleh bertahan sepanjang hari. Jadi selain daripada peningkatan kapasiti bateri, Samsung juga telah meningkatkan sokongan pengecasan pantas kepada 25W berbanding model sebelumnya yang hanya mencapai sehingga 15W. Z Flip4 turut hadir dengan sokongan pengecasan nirwayar sehingga 10W.

KAMERA

Peranti Samsung Galaxy Z Flip 4 ini dihadirkan dengan kamera utama dan kamera Ultra-Lebar keduanya berkongsi sensor yang sama iaitu 12MP f/1.8 malah dilengkapi pula dengan sistem OIS. Pada kamera hadapan pula, peranti ini dilengkapi dengan sensor 10MP f/2.4 yang mana ia diletakkan di bahagian tengah peranti. Perkara yang dinaik taraf daripada model sebelum ini adalah, Samsung telah meningkatkan saiz pixel pada model terkini, yang mana menurut Samsung ia akan lebih memberi prestasi yang lebih baik kepada penggambaran.

Kamera Utamanya pula boleh mencapai zum digital sehingga 10x sahaja. Tetapi apa yang boleh min katakan, ciri baharu yang diperkenalkan oleh Samsung untuk peranti Z Flip4 ini adlaah Flex Cam yang mana kita boleh memegangnya dan merasai pengalaman seperti kita sedang merakan video menggunakan CamCorder yang klasik.

BESPOKE EDITION

Akhirnya tahun ini Samsung telah menawarkan di Malaysia untuk Bespoke Edition. Dimana Samsung memberi lima pilihan warna untuk panel atas, lima pilihan warna untuk panel bawah dan tiga pilihan warna untuk bingkai serta engsel. Untuk ciri ini, harganya akan lebih tinggi dan untuk persiapkan memerlukan masa sehingga 4-6 minggu.

 

Sebelum ini Bespoke Edition sudah diperkenalkan, tetapi tidak ditawarkan kepada pengguna di Malaysia. Ianya hanya ditawarkan kepada negara Amerika Syarikat dan Korea Selatan sahaja. Akan tetapi untuk Bespoke Edition ini hanya ditawarkan untuk peranti Z Flip4 dan tidak pada Z Fold4.

So geng, ini adalah sedikit sebanyak ulasan daripada min setelah memakai sendiri peranti ini dan merasai pengalamannya. Kalau korang ada pendapat dan pandangan korang boleh komen dibawah ni. Mana tau ada benda yang korang nak tau tapi min terlepas pandang.

Dan sekiranya, korang berminat nak dapatkan peranti Samsung Galaxy Z Flip4 yang menarik ini, korang boleh klik LINK untuk pembelian terus. Sampai berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.