Ultimate magazine theme for WordPress.

GTA VI Boleh Dimainkan Tengah Malam Ini, Pemain PS5 Wajib Kemas Kini Sistem Versi 14.23

0

Grand Theft Auto VI (GTA VI) akan dibuka untuk dimainkan pada 12 tengah malam, Khamis 19 November 2026 waktu Malaysia. Setiap negara dibuka pada tengah malam waktu tempatan masing-masing, untuk PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X|S.

Bagi anda yang bermain di PS5, ada satu langkah yang tidak boleh ditinggalkan sebelum tengah malam: kemas kini perisian sistem PS5 terbaharu.

Kredit imej: Rockstar Games

Kemas kini PS5 versi 14.23 diperlukan

Kemas kini perisian sistem PS5 versi 26.07-14.23.00 kini tersedia, dengan nota “We’ve made some security fixes to the system software”. Kemas kini ini diperlukan sebelum GTA VI boleh dimainkan, jadi kami sarankan anda memuat turunnya lebih awal dan bukan pada saat akhir sebelum tengah malam.

Cara memasang kemas kini:

  1. Buka Settings.
  2. Pilih System, kemudian System Software.
  3. Pilih System Software Update and Settings.
  4. Tekan Update System Software.

Untuk menyemak versi yang sedang digunakan, buka Console Information dalam menu yang sama.

Kredit imej: PlayStation

Senarai semak sebelum tengah malam

  • Kemas kini sistem PS5 ke versi 14.23.
  • Kosongkan sekurang-kurangnya 212GB storan pada PS5 dan pastikan muat turun awal (pre-load) selesai.
  • Pasang kemas kini permainan terkini selepas pre-load selesai.
  • Semak ruang storan sekali lagi. Ruang 212GB bukan sedikit, jadi pastikan storan anda mencukupi sebelum tengah malam.

Platform yang disokong

GTA VI dilancarkan untuk PS5 dan Xbox Series X|S sahaja. Tiada versi PC atau PS4 pada pelancaran ini.

Kredit imej: Rockstar Games

Anda akan terus bermain GTA VI sebaik sahaja ia dibuka malam ini, atau tunggu hujung minggu? Kongsikan di ruangan komen.

Leave A Reply

Your email address will not be published.