Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi 18 Pro Series Kini Dibuka untuk Pre-order di Malaysia, Xiaomi 18 Pro dari RM3,999

0

Xiaomi Malaysia telah membuka pra-tempah untuk Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Xiaomi 18 Pro ditawarkan dari RM3,999 manakala Xiaomi 18 Pro Max dari RM5,499, berdasarkan harga pada 18 November 2026. Tempoh pra-tempah berlangsung dari 18 hingga 26 November, dan penghantaran unit bermula 27 November.

KV rasmi Xiaomi 18 Pro Series
KV rasmi Xiaomi 18 Pro Series. Kredit: Xiaomi

Harga Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max di Malaysia

Berikut senarai harga bagi setiap varian, seperti pada 18 November 2026:

Model12GB + 256GB12GB + 512GB
Xiaomi 18 ProRM3,999RM4,999 (dengan Xiaomi Watch S5 46mm percuma)
Xiaomi 18 Pro MaxRM5,499 (dengan Xiaomi Watch S5 46mm percuma)RM5,999 (dengan Xiaomi Watch S5 46mm percuma)

Kedua-dua model hadir dalam empat warna, iaitu Velvet Red, Cosmic Blue, Black dan White, dengan harga yang sama bagi setiap warna.

Xiaomi 18 Pro

Xiaomi 18 Pro Velvet Red
Xiaomi 18 Pro Velvet Red. Kredit: Xiaomi

Xiaomi 18 Pro menggunakan skrin Xiaomi Privacy Display 6.4 inci, cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 dan bateri silikon-karbon 6,000mAh. Di bahagian belakang, terdapat Back Display serta sistem kamera Leica dengan kamera utama 200MP dan kamera telefoto 200MP. Telefon ini turut menyokong pengecasan 90W HyperCharge dan 50W Wireless HyperCharge, serta mempunyai penarafan IP68.

Xiaomi 18 Pro Max

Xiaomi 18 Pro Max
Xiaomi 18 Pro Max. Kredit: Xiaomi

Xiaomi 18 Pro Max pula mempunyai skrin Xiaomi Privacy Display yang lebih besar, iaitu 6.9 inci, dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 dan bateri silikon-karbon 7,050mAh. Ia turut dilengkapi Back Display, sistem kamera Leica dwi-200MP dan penarafan IP68.

Apa yang anda dapat sepanjang tempoh pra-tempah

Xiaomi Watch S5 46mm
Xiaomi Watch S5 46mm. Kredit: Xiaomi

Sepanjang tempoh pra-tempah dari 18 hingga 26 November, anda boleh menikmati tawaran berikut:

  • Xiaomi Watch S5 46mm percuma untuk semua varian Xiaomi 18 Pro Max serta Xiaomi 18 Pro 12GB + 512GB. Varian Xiaomi 18 Pro 12GB + 256GB tidak termasuk hadiah ini.
  • Trade-in tambahan sehingga RM300 apabila anda menukar telefon lama.
  • Kupon diskaun 10% untuk pengguna baharu, maksimum RM120.
  • Percubaan 3 bulan Google AI Pro dan 3 bulan YouTube Premium.
  • Mi Points berganda.

Unit yang ditempah akan mula dihantar pada 27 November.

Harga add-on bagi pembeli Xiaomi 18 Pro Series

Xiaomi Pad 8, REDMI Pad 2 Pro, Xiaomi Buds 6 dan Xiaomi OpenWear Stereo
Xiaomi Pad 8, REDMI Pad 2 Pro, Xiaomi Buds 6 dan Xiaomi OpenWear Stereo. Kredit: Xiaomi

Bagi anda yang telah membuat tempahan awal (reserve), terdapat harga add-on apabila membeli bersama Xiaomi 18 Pro Series, dari 18 November hingga 31 Disember:

  • Xiaomi Pad 8 (8GB + 128GB): RM1,399
  • REDMI Pad 2 Pro (8GB + 256GB): RM1,399
  • Xiaomi Buds 6: RM319
  • Xiaomi OpenWear Stereo: RM319
Empat warna rasmi Xiaomi 18 Pro Series
Empat warna rasmi Xiaomi 18 Pro Series. Kredit: Xiaomi

Maklumat lanjut dan pra-tempah boleh dibuat di laman rasmi Xiaomi Malaysia: mi.com/my

Antara Xiaomi 18 Pro pada RM3,999 dan Xiaomi 18 Pro Max pada RM5,499 yang terus dapat Xiaomi Watch S5, yang mana menjadi pilihan anda? Kongsikan di ruangan komen.

Leave A Reply

Your email address will not be published.