Ultimate magazine theme for WordPress.

GAMING PROJECTOR DENGAN KADAR SEGAR SEMULA 240Hz – ACER PREDATOR GD711

0

Salam Pencinta wanita, Kalau dulu projector digunakan untuk kegunaan biasa seperti di dalam bilik mesyuarat, didalam kelas sains, perpustakaan sekolah dan beberapa tempat lagi yang mana ia sangatlah sesuai untuk diguna pakai atau diperlihatkan oleh ramai orang.

Hari semakin hari, sebuah projector semakin dinaik taraf dan kini pengguna boleh menggunakan projector untuk bermain permainan video. Nampak seperti tidak masuk akal, tetapi percayalah bahawa min bercakap benar. Acer kini sudah melancarkan sebuah projector gaming, diberi nama Predator GD711 yang hadir dengan ciri seperti TV beresolusi 4K.

 

Acer Predator GD711 ini adalah sebuah projector yang berkemampuan dalam menghasilkan resolusi sehingga 4K LED dengan HDR10 dan meliputi sehingga 125% ruang cahaya REC. Selain itu, Acer mengatakan bahawa dengan 709 Colour Space yang hadir pada projector ini, sudah pasti dapat menghasilkan sebuah warna sinematik yang sangat padu! Belum habis lagi, projector ini juga turut hadir dengan kadar segar semula sehingga 240Hz geng.

Beralih kepada tahap penjarakannya, Acer mengatakan bahawa dengan jarak sejauh 2.7 meter, pengguna akan dapat menikmati saiz skrin seluas 100-inci. Walaupun dengan jarak sebegitu, Acer Predator GD711 masih mampu menghasilkan kecerahan sehingga 4000 lumen LED dan 1450 lumen ANSI. Ia sangat-sangatlah cerah jika dibandingkan dengan jenama lain yang hanya memberi kecerahan pada tahap 250 lumen ANSI sahaja.

Jika kita pergi kepada bahagian Gaming, Acer Predator GD711 ini hadir dengan mod gaming yang membolehkan pengguna mengubah tahap kegelapan dengan kesesuaian persekitaran, mengikut kepada kepuasan dan kehendak pengguna. Lebih menariknya lagi, pada peminat bola sepak, projector ini dilengkapi dengan mod bola sepak yang pengguna pasti dapat merasai nikmat pengalaman yang lebih menarik dan lebih asyik ketika menonton sesebuah perlawanan. Beralih audio pula, Projector ini hadir dengan pembesar suara 10W dan terdapat juga bersama beberapa port seperti dua port HDMI, bicu audio dan dua port untuk USB-A pada bahagian belakang projector tersebut.

Takkan Gaming jee? boleh layan Movie tak? Okay dengar sini, Projector Acer Predator GD711 ini hadir dengan Third-Party aplikasi yang membolehkan pengguna memuat turun aplikasi seperti YouTube, Netflix dan banyak lagi. Jadi tidaklah ia tumpu pada gaming sahaja, layan filem juga boleh. Selain daripada itu, Acer Predator GD711 turut hadir dengan sokongan MiraCast yang membenarkan pengguna berkongsi skrin telefon mereka terus kepada paparan skrin Acer Predator GD711 ini.

 

Ohh yaa ! sebelum terlupa. Jangka hayat untuk Acer Predator GD711 ini boleh bertahan sehingga 30,000 jam penggunaan, lama tak geng? Jadi kepada yang berminat untuk mendapatkannya, ia boleh didapati di kedai rasmi Acer atas talian seperti platform Shopee dan Lazada, serta boleh juga didapati di kedai peruncit Acer yang sah. Harga untuk sebuah projector yang cantik menarik tertarik ni adalah RM4,999 sahaja. Sampai bertemu lagi geng, tinggalkan komen untuk info bersama. Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.