Ultimate magazine theme for WordPress.

Pra-Tempahan Pada Harga RM2,099 – Sony Xperia 10 IV

0

Salam Sayang, Pada bulan May lepas, Sony melancarkan Model Sony Xperia 1 IV dan diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan pra-tempahan. Terbaru, Sony akan melancarkan sebuah lagi model baharu dengan pra-tempahan juga, Sony Xperia 10 IV yang akan turut serta dengan perasmiannya di Malaysia.

Kedua peranti ini digambarkan adalah sebuah peranti pertengahan dan peranti flagship terbaru daripada Sony. Sudah pasti peminat Sony tidak sabar dengan perlacarannya kelak, ini kerana pra-tempahan ini tersedia bermula 1 July 2022 hingga 31 Julai 2022. Dan untuk pengetahuan semua, model Sony Xperia 10 IV ini tersedia dengan 1 varian sahaja iaitu hadir bersama 6GB RAM dan 128GB storan dalaman. Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan di kedai atas talian Shopee dan Lazada. Lebih menariknya lagi, dengan pra-tempahan ini, kalian boleh mendapat sepasang fon telinga Sony WF-C500 yang bernilai RM449 secara percuma.

Terus bercerita mengenai spesifikasinya, peranti Sony Xperia 10 IV ini hadir dengan paparan 6-inci bersama skrin OLED FHD+. Malah, peranti ini turut disertakan bersama lapisan skrin yang tahan calar Corning Gorilla Flass Victus. Peranti ini dikatakan antara peranti yang ringan, dimana peranti ini beratnya hanyalah 161 g sahaja dan kenipisan peranti apabila dilihat daripada sebelah sisi ia berukuran 8.3 mm.

Ini mungkin info yang mengejutkan untuk sesetangah pihak, dimana Sony juga tidak akan meletakkan kepala plug dan kabel pengecasan di dalam kotak, katanya nak menjadi sebahagian daripada ‘Road To Zero’ untuk penjagaan alam sekitar. Berbalik kepada spesifikasinya, Sony Xperia 10 IV ini hadir bersama cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 695 5G dengan sistem operasi Android 12 yang sudah tersedia sewaktu membelinya.

Spesifikasi sudah, info mengejutkan sudah. Ehh macam mana pula dengan kameranya, Sony Xperia 10 IV ini tersedia bersama 3 jenis kamera di bahagian belakang peranti. Dimana terdapatkan 12MP untuk kamera utama, 8MP untuk kamera UltraLebar dan 8MP juga hadir pada kamera telefoto yang disertakan bersama zum optik 2X. Beralih kepada bahagian depan peranti, kamera swafoto dihadirkan dengan 8MP kamera.

Bagaimana untuk penggunaan harian? Boleh bertahan ke untuk satu hari? Sony mengatakan bahawa peranti ini hadir dengan bateri sebesar 5000Mah dan pastainya peranti ini tiada masalah untuk bertahan sepanjang hari. Pembesar suara stereo pada peranti ini tidak dihadirkan, yaa min tau, sedikit mengecawakan. Tetapi, Sony Xperia 10 IV ini hadir dengan bicu audio 3.5mm dan juga disertakan dengan sambungan NFC, WiFi 5.1 dan BlueTooth 5.1, malah hadir dengan sokongan rangkaian 5G. Tidak ketinggalan sensor cap jari dihadirkan pada sisi peranti geng.

Jadi macam mana geng, Kalau betul-betul berminat jangan lupa pra-tempah peranti ini di kedai atas talian Sony. Sampai bertemu lagi geng, tinggalkan komen untuk info bersama. Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.