Ultimate magazine theme for WordPress.

Thor: Love and Thunder – Tema Pada Xbox Series X

0

Salam Cinta, kepada peminat Thor, kalian bertabahlah kerana filem Thor: Love and Thunder selalu ditangguhkan siarannya di pawagam Malaysia. Dengan kekecewaan ini, mari min sejukkan mata dan tenangkan hati kalian dengan sebuah permainan console yang hadir bersama tema Thor: Love and Thunder pada Xbox Series X.

Xbox Series X ini hadir dengan tema filem Thor dimana mereka mengambil ilham daripada tukul Thor iaitu Mjolnir yang dijadikan sebagai kotak permainan video tersebut. Malah, terdapatnya pemegang tukul Thor yang dijadikan sebagai prop tambahan yang mana bentuknya sangat serupa dengan tukul yang dipegang Thor daripada filem tersebut. Akan tetapi, tema Thor pada Xbox Custom ini masih belum tersedia lagi untuk pembelian secara rasmi.

Lebih menariknya lagi, Xbox ada membuat satu pertandingan akan tetapi buat masa sekarang ianya hanya dianjurkan pada negara UK dan US sahaja. Kerana pada Twitter yang min kongsikan terdapat link, tetapi ketika min menekannya, akan keluar ‘page cannot be found’, berkemungkinan negara Malaysia tidak termasuk dalam pertandingan ini. Tetapi untuk panaskan lagi jiwa raga korang, min nak bagitahu bahawa pemenang untuk pertandingan ini akan memiliki Xbox bertemakan Thor: Love and Thunder geng. Fuhhh mereciksss !

Mungkin negara Malaysia tidak termasuk dalam pertandingan yang dianjurkan Xbox ini atas beberapa sebab yang tertentu, tetapi min masih belum pasti apa sebabnya. Jadi buat ketika ini, ia hanya boleh diperlihatkan daripada jauh sahaja, Tabahlah semua. Sampai bertemu lagi geng, Tinggalkan komen untuk info bersama. Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.