Ultimate magazine theme for WordPress.

Google Mengatakan Pengguna IOS Akan Mendapat Ciri Picture-In-Picture Di YouTube

0

Salam Cinta Kekal Abadi, Google sedang dalam usaha untuk melancarkan sokongan Picture-In-Picture (PIP)  di dalam aplikasi Youtube kepada semua pengguna iPhone dan iPad di AS. Ciri ini juga dikatakan termasuk kepada mereka yang tidak melanggan Youtube Premium.

Apa ciri PIP ni? kepada yang tidak tahu. Ia berkebolehan untuk memainkan video youtube pada skrin utama peranti akan tetapi dalam saiz yang kecil dan dalam pada masa yang sama, kita boleh bermain applikasi yang berada di skrin utama.

Google’s Youtube juga mengatakan bahawa semua pengguna IOS akan mendapat akses untuk PIP ini dalam masa terdekat, yang ketika ini hanya tersedia untuk peranti-peranti Android. Dan apa yang lebih menyeronokkan, semua pengguna iOS dan iPadOS 15 di AS akan dapat menggunakan ciri PIP ni tanpa melanggan Youtube Premium.

Kata-kata emas daripada Google Youtube “begitulah kami membawa ciri ini kepada pengguna IOS, memperkenalkan secara berperingkat dengan bermula pada peratusan kecil pengguna”. Daripada situ min nampak ciri PIP hanya tersedia untuk peranti IOS di Negara AS sahaja buat masa ini, di Malaysia mungkin tak lama lagi, korang rasa berguna tak ciri seperti ini? sama-sama kita nantikan. Berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

 

Sumber :

https://www.idownloadblog.com/2022/04/11/youtube-picture-in-picture-rolling-out/

https://9to5google.com/2021/08/24/youtube-picture-in-picture-iphone/

https://nintendo-power.com/youtube-is-testing-the-download-button-on-its-web-version/

https://www.macrumors.com/2021/06/18/youtube-pip-support-rolling-out/

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.