Ultimate magazine theme for WordPress.

Realme 9 4G Bakal Dilancarkan Bersama Snapdragon 680

0

Salam rindu bertemu sayang, Peranti Realme 9 tidaklah penghujung untuk sirinya. Ada lagi pendatang baru iaitu Realme 9 4G. Kedua-duanya nampak sama tapi jangan tersilap menilai kerana sebenarnya ada perbezaanya. Min bagi contoh, model terbaru ialah telefon 4G yang dikuasakan oleh Snapdragon 680 dan bukannya Dimensity 810. Dan contoh lain lagi, Model baru ini dilengkapi dengan 8GB RAM manakala model 5G hanya menawarkan 4GB dan 6GB sahaja, akan tetapi UI Realme boleh menambah 5GB RAM  secara maya. Mari min tunjukkan sedikit sebanyak spesifikasi yang ada pada Realme 9 4G.

                                                           REALME 9 4G
PAPARAN SKRIN 6.5 INCI
RESOLUSI FHD+ DAN KADAR SEGAR SEMULA 90Hz
CIP PEPMPROSESAN SNAPDRAGON 680
MEMORI DALAMAN 128GB
RAM 8GB
KAMERA BELAKANG 108MP KAMERA UTAMA

8MP ULTRA WIDE

2MP KAMERA MIKRO

KAMERA HADAPAN 16MP
BATERI 5000Mah
PENGECASAN PANTAS 33W

Macam mana geng, Min tengok warna kuning dia tu lain daripada yang lain. Peranti Realme 9 4G ni yang menariknya, ia mempunyai ciri Heart Rate tau, boleh baca nadi kita. Peranti ini juga disertakan dengan imbasan cap jari yang ada pada paparan skrin. Dan yang paling penting, model yang ini masih mengekalkan audio jack 3.5mm.

Untuk peranti ini juga, ia menggunakan port pengecasan jenis USB-C dan menjalankan sistem Realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12. Lepas baca ni, ada ke daripada korang yang nak masukkan dalam wishlist? haha Angkat je geng kalau dah rasa berkenan. Min tengok spesifikasi dia macam boleh bawa bincang tu haha. Berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

Sumber :

www.gsmarena.com/realme_9_arrives_with_108mp_camera_realme_gt2_pro_also_launches_in_india-news-53864.php

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.