Ultimate magazine theme for WordPress.

Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro Telah Selamat Dilancarkan Hari Ini!

0

Seperti pada artikel kami sebelum ini telah banyak menyatakan bahawa Google bakal melancarkan peranti baharu mereka iaitu Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. 

Hari ini, secara rasminya peranti baharu ini telah pun dilancarkan dan peranti ini merupakan peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan mereka sendiri iaitu Google Tensor. 

Pelancaran ini terlihat kesemua rekabentuk dan spesifikasi adalah tepat seperti yang terdedah sebelum ini.

Berikut merupakan spesifikasi bagi Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro :- 

Google Pixel 6

  • Dilengkapi cip pemprosesan Google Titan M2 dan Android 12
  • Hadir dengan lapisan Corning Gorilla Glass Victus
  • Paparan skrin Full HD+ OLED 6.4 inci
  • Kadar segar semula 90Hz
  • IPS68 kalis air dan habuk
  • 8GB RAM + 128GB storan dalaman
  • 8GB RAM + 256GB storan dalaman
  • Bateri berkapasiti 4,614mAh
  • Menyokong pengecasan pantas 33W dan pengecasan tanpa wayar 21W
  • Kamera utama 50MP
  • Ultra-wide-angle 12MP
  • Kamera selfie 8MP

Google Pixel 6 Pro

  • Dilengkapi cip pemprosesan Google Titan M2 dan Android 12
  • Hadir dengan lapisan Corning Gorilla Victus
  • Paparan skrin melengkung OLED LTPO 6.7 inci
  • Kadar segar semula yang berubah-ubah antara 10Hz sehingga 120Hz
  • IPS68 kalis air dan habuk
  • 12GB RAM + 128GB storan dalaman
  • 12GB RAM + 256GB storan dalaman
  • Bateri berkapasiti 5,003mAh
  • Menyokong pengecasan pantas 33W dan pengecasan tanpa wayar 23W
  • Kamera utama 50MP
  • Ultra-wide-angle 12MP
  • Telefoto kamera 48MP dengan 4x zoom
  • Kamera selfie 11.1MP

Google Pixel 6 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Sorta Seafoam, Kinda Coral dan Stormy Black. 

Google Pixel 6 Pro pula hadir dengan tiga pilihan warna juga iaitu Cloudy White, Sorta Sunny dan Stormy Black. 

Google Pixel 6 akan dijual pada tanda harga $599 (sekitar RM2,492) bagi 8GB RAM + 128GB storan dalaman dan $699 (sekitar RM2,908) bagi 8GB RAM + 256GB storan dalaman manakala Google Pixel 6 Pro pula $899 (sekitar RM3,741) bagi 12GB RAM + 128GB storan dalaman dan $999 (sekitar RM4,157) bagi 12GB RAM + 256Gb storan dalaman. 

Setakat hari ini, pelancaran ini hanya di peringkat global sahaja dan masih tiada khabar berita akan pelancarannya untuk pasaran Malaysia.

Jadi, boleh lah menabung daripada sekarang untuk terus meminang Google Pixel 6 ini bila dah dilancarkan di Malaysia nanti!

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

Lihat spesifikasi penuh Google Pixel 6 DISINI

Lihat spesifikasi penuh Google Pixel 6 Pro DISINI

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.