Ultimate magazine theme for WordPress.

OPPO Sedang Membangunkan Cip Pemprosesan Mereka Sendiri?

0

Samsung, Apple dan juga Google sudah pun mula mengeluarkan peranti baharu mereka yang dijanakuasakan oleh cip pemprosesan mereka sendiri. Contoh seperti Google pada hari ini yang melancarkan siri Google Pixel 6 menggunakan cip pemprosesan syarikat itu sendiri iaitu Google Tensor. 

Hari ini, berdasarkan sumber mengatakan bahawa OPPO akan menjadi salah satu syarikat yang akan mengikut jejak langkah seperti jenama di atas. OPPO kini sedang membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri yang akan menggunakan teknologi 3-nanometer by Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC). 

(sumber : Nikkei Asia Research)

Jangkaan penggunaan sepenuhnya mungkin pada 2023 atau 2024. 

Tidak mustahil pada masa akan datang kesemua syarikat yang mengeluarkan telefon pintar akan mula menggunakan cip pemprosesan mereka sendiri. 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.