Ultimate magazine theme for WordPress.

HANYA RM1! RAKYAT MALAYSIA KINI BERPELUANG MEMBAWA PULANG HUAWEI MATE 50!

0

Assalamualaikum dan hello kepada peminat-peminat Izami Gadget yang setia dengan kami sehingga sekarang. Min ada informasi terbaru yang HUAWEI hari ini secara rasmi mengumumkan Pra-tempahan eksklusif untuk Siri Mate 50 yang akan dilancarkan tidak lama lagi, sebelum pelancaran rasmi dan pengumuman harga kepada semua rakyat Malaysia. Pengguna kini berpeluang untuk memenangi HUAWEI Mate 50 pada  hanya RM1! RM1 je kawan- kawan!

Bermula hari ini sehingga 2 November 2022, pengguna boleh membuat permohonan pra-tempahan mereka dengan hanya RM1 untuk berpeluang menikmati hadiah misteri seperti HUAWEI Mate 50, HUAWEI FreeBuds 4i, HUAWEI Band 6 dan banyak lagi dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM15,000 melalui Laman Web Rasmi HUAWEI. Pengumuman pemenang harian akan dibuat pada 21 Oktober 2022 sehingga 3 November 2022.

Sempena ulang tahun ke-10 sejak pelancaran pertama siri Mate, siri HUAWEI Mate 50 merupakan telefon pintar dipacu prestasi perdana terbaharu yang merangkumi teknologi terkini dan inovasi yang lebih berkuasa berbanding sebelum ini. Telefon flagship ini memperkenalkan Kaca Kunlun sekeras batu (dianugerahkan dengan pensijilan kaca tahan jatuh lima bintang pertama dari Switzerland SGS), bermaksud peranti ini adalah 10 kali ganda lebih baik dari segi ketahanan[1], dalam menghadapi hentaman dan rintangan retak. Siri Mate 50 juga dilengkapi dengan ciri-ciri inovatif seperti Kamera Ultra Aperture XMAGE dan Mod Kecemasan Bateri Rendah, dan banyak inovasi yang lain. Ciri-ciri mantap ini dipertingkatkan lagi oleh sistem operasi EMUI 13, yang akan dilancarkan buat pertama kalinya pada Siri Mate 50 untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan pintar yang lancar.

[1] Berdasarkan keputusan daripada ujian free fall standard HUAWEI Lab, membandingkan versi Kunlun Glass Vegan Leather dengan versi kaca biasa Hitam dan Perak. Oleh kerana telefon mengandungi komponen ketepatan, sila pastikan untuk tidak memukul atau menjatuhkan telefon semasa menggunakannya.

Sedar akan kebimbangan gaya hidup biasa di kalangan orang ramai dalam memilih telefon pintar  ideal mereka, semua telefon pintar HUAWEI dilengkapi dengan kedai aplikasi Huawei sendiri, AppGallery, yang mempunyai penawaran aplikasi yang dinaik taraf sambil memastikan pengalaman pengguna yang selamat dan lancar. Daripada aplikasi yang memenuhi keperluan harian penting kepada yang sesuai untuk hiburan semasa perjalanan dan banyak lagi, AppGallery menawarkan pelbagai tawaran serba boleh yang sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin versatil.

Klik di sini untuk  membayar deposit RM1 sekarang sehingga 2 November 2022 untuk pra-tempah Siri HUAWEI Mate 50 dan untuk menjadi antara yang pertama untuk memiliki HUAWEI Mate 50 Series untuk merasai sendiri “Teknologi Hitam” yang paling berkuasa dan canggih! Selain itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk HUAWEI Mate 50!  Nantikan siri HUAWEI Mate 50 dan jangan lupa layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook  dan Instagram HUAWEI untuk kemas kini terkini.

Jangan cakap min tak payung. Jom kita serbu!

Kalau korang belum tengok lagi video unboxing Huawei Mate50, meh tengok kat sini.

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.