Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR bekerjasama dengan Touch ‘n Go melancarkan kad edisi khas NFC

0

Salam Izami Gadget kepada semua pembaca – pembaca kami yang setia, HONOR Malaysia telah mengumumkan HONOR 70, Telefon Estetik Terbaik Tahun Ini dengan warna baharu Icelandic Frost yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Setelah kita mendengar betapa hangatnya Kad Baharu Touch ‘n Go baharu edisi NFC dilancarkan pada bulan April yang lalu, HONOR Malaysia bekerjasama dengan Touch ‘n Go untuk melancarkan kad edisi khas NFC berwarna gradien biru yang sedondon dengan HONOR 70 Icelandic Frost, memang cantik warna dia!

Padanan Warna Menjadi Idaman

HONOR 70 dilancarkan pada Ogos lalu dalam 3 jenis warna iaitu Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black. Peranti ini turut diangkat sebagai telefon pintar kamera terbaik dalam bajet RM2000.

Pengenalan warna baharu Icelandic Frost menjadikan HONOR 70 bertambah anggun dan estetik. Efek gradien biru dan merah jambu memberi pandangan memuaskan kerana sentiasa berubah warna apabila dipandang dari setiap sudut. Efek tersebut turut diterapkan dalam kad edisi khas NFC Touch ‘n Go yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Buat kali pertama HONOR bekerjasama dengan jenama lokal Malaysia kita!

Pengeluaran kad NFC baharu Touch ‘n Go baru-baru ini menambah baik kaedah tambah nilai mencetuskan permintaan yang berkuantiti besar. Justeru, HONOR Malaysia berharap kad edisi khas NFC Touch ‘n Go dapat memeriahkan lagi kedua-dua jenama tersebut.

Kerjasama dengan jenama tempatan tersebut merupakan satu pencapaian besar buat kali pertama HONOR Malaysia sejak menjadi sebuah syarikat bebas.

HONOR 70 Icelandic Frost dan Kad Edisi Khas NFC Touch ‘n Go

Jualan HONOR 70 dalam Icelandic Frost bersama kad edisi khas NFC Touch ‘n Go di pasaran Malaysia akan diumumkan tidak lama lagi! Untuk maklumat terkini produk HONOR sila layari https://www.hihonor.com/my/ atau mengikuti Facebook HONOR Malaysia!

Min harap peranti ni dengan kad tu takla kena ‘scalp’ kali ni yee.

Bagi yang belum layan lagi video review Honor 70 oleh Izami Gadget, layan sini

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.