Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor 70 Akan Rasmi Dilancarkan Pada 18 Ogos 2022 !

0

Pasti ada yang tidak sabar dengan kehadiran peranti baru daripada Honor ini iaitu Honor 70. Mana tidaknya, peranti ini hadir dengan effect kilauan yang diilhamkan daripada berlian. Daripada reka bentuk sahaja kita boleh merasakan aura yang hebat hadir daripada sebuah telefon pintar daripada Honor ini.

 

Honor Malaysia akhirnya mengumumkan mengenai ketibaan model terbaharunya HONOR 70 yang akan rasmi dilancarkan pada 18 Ogos ini, jam 8 malam. Jangan ketinggalan menyaksikan kemunculan HONOR 70, “Telefon Pintar Paling Estetik Tahun Ini” di majlis pelancaran yang akan bersiaran secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia.

Bercakap mengenai rekaan luarannya, HONOR 70 yang diilhamkan daripada gelas kristal dan biasan cahaya permata, nampak cantik dan mampu menghasilkan corak seperti bentuk berlian. Berat peranti pula seberat 178g, HONOR 70 menggunakan teknologi dwi selaput, tri-tekstur dan dwi lapisan. Kesan dalaman jelas kelihatan apabila tekstur bayangnya kelihatan seakan-akan effect kilauan berlian, menjadikannya lebih elegan dan mewah.

 

HONOR 70 terus mengikut peredaran zaman dengan menrevolusikan rekaan dwi bulatan dengan mengikut jejak langkah pendahulunya, HONOR 50 yang menerima pengiktirafan jenama tinggi. Kini dengan Rekaan Dwi Bulatan yang baharu, sisi belakang HONOR 70 didatangi dengan Kamera Penderiaan Super IMX800 bersama 54MP, Kamera Ultra Lebar Dan Makro hadir dengan 50MP berserta kamera depth.

Ia menjadi peranti yang sangat hebat apabila dipadankan dengan sokongan menakjubkan iaitu Kamera 54MP bersama sensor IMX800. Kelebihan pada fotografi pastinya tiada tandingan, selain daripada itu, peranti ini digabungkan dengan HONOR Image Engine Computing Image Platform yang mana ia berkeupayaan menghasilkan sebuah fotografi yang jelas. Prestasi dalam gambar ketika cahaya rendah kini lebih dipertingkatkan dalam menghasilkan kualiti gambar yang terbaik dengan saiz sensor 1/1.49, malah dapat memberikan lagi kejelasan menakjubkan dalam saiz piksel. Penderia membolehkan jurufoto merakam potret dalam suasana cahaya rendah termasuk cahaya backlit lanskap dan potret, mod malam, potret malam mahupun swafoto HD.

Fuhh ayat-ayat min lain macam sikit kalau nak cerita pasal kehebatan Honor 70 ni. Kalau korang membaca dengan perasaan yang tidak sabar untuk perlancarannya kelak. Pastikan korang kunci tarikh pada 18 Ogos 2022, jam 8 Malam di FaceBook Rasmi Honor untuk menyaksikan sendiri tahap baharu dalam teknologi estetik.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.