Ultimate magazine theme for WordPress.

Apple Pay Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

0

Kemudahan yang tidak semua akan gunakan tetapi sangat berguna. Ini dia, Apple Pay akhirnya telah rasmi di Malaysia. Bermakna pengguna boleh membuat pembayaran dengan hanya menggunakan peranti Apple seperti iPhone, iPad, Apple Watch dan juga Mac.

Untuk menggunakannya, pengguna haruslah menghubungkan kad debit mahupun kad kredit mereka kepada applikasi Apple Wallet. Untuk mengaktifkannya mudah sahaja, pengguna hanya perlu pergi ke aplikasi Wallet dan tekan ikon +, lalu masukkan informasi kad debit mahupun kad kredit, seterusnya pengguna boleh ikuti langkah mudah yang tertera pada skrin sehingga selesai.

Namun begitu, Ciri Apple Pay hanya menyokong peranti iPhone 5s keatas bersama sokongan Touch ID dan Face ID, ini bermakna iphone 5s kebawah tidak mampu menyokong ciri Apple Pay ini. Pada peranti iPad Air, iPad Pro, dan iPad, juga hadir dengan sokongan Touch ID dan Face ID. Tidak ketinggalan juga pada Apple Watch dan Mac yang diperkenal selepas tahun 2012, turut juga menyokong ciri ini.

Dengan hadirnya ciri Apple Pay di Malaysia ini, kita dapat lihat bahawa kemudahan dalam pembayaran ini mampu memberikan pengguna lebih banyak pilihan dalam membuat sebarang pembayaran. Menariknya lagi, hampir semua terminal pembayaran kad debit dan kad kredit menyokong Apple Pay ini. Malah, Apple Pay ini turut boleh digunakan untuk membuat pembayaran melalui applikasi membeli-belah seperti Shopee dan banyak lagi.

 

Sumber Gambar : SoyaCincau

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.