Ultimate magazine theme for WordPress.

Leaks : Peranti Honor 80 Dikatakan Bakal Diperkenalkan pada November Kelak

0

Selepas peranti Honor 70, Kini nampaknya Honor bergerak laju dengan ingin perkenalkan peranti terbarunya iaitu Honor 80 yang bakal hadir di pasaran dan diperkenalkan menjelang November akan datang.

Walaupun seperti yang kita tahu, peranti-peranti Honor yang sebelum ini dilihat tidak mendapat sambutan yang begitu cemerlang. Ada yang mengatakan ia disebabkan peranti-peranti Honor sebelum ini rasmi dengan tanda harga yang sedikit mahal untuk kelasnya berbanding peranti-peranti daripada jenama lain yang spesifikasi lebih kurang sama tetapi dijual dengan tanda harga yang sedikit murah.

Honor 70

Akan tetapi ada info mengatakan bahawa Honor bakal perkenalkan peranti-peranti akan datang dengan tanda harga yang mampu milik atau erti kata lain, harga untuk rakyat marhaen. Turut ada laporan daripada ITHome yang mengatakan bahawa Honor sudah bersedia untuk melancarkan siri Honor 80 dan akan dilancarka pada sekitar bulan November. Honor turut ada mengatakan bahawa mereka rasa yakin untuk memperkenalkan peranti ini, atas sebab Honor 80 ini hadir dengan cip pemprosesan yang lebih berkuasa.

 

Turut juga ura-ura mengatakan bahawa peranti Honor 80 ini bakal hadir dengan 2 varian, iaitu versi premium dan versi mampu milik. Akan tetapi masih belum pasti jika cip ini yang akan dipasang pada peranti Honor tersebut. Untuk lebih jelas dan nyata, sama-sama kita nantikan pada perlancarannya pada bulan November kelak.

 

Sumber Gambar : PanDaily

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.