Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor Magic 5 Pro, Berbaloi atau Tidak Beli Honor?

0

Memilih peranti sangat membabitkan wang, research, tonton banyak review – review channel dan sangatlah merenyahkan kadang-kadang sampai ter-stress, yelah kang tersalah beli menyesal tak sudah. Tetapi jangan risau dan jangan stress, tidak ada pilihan yang salah dalam memlih gadget, semuany gadget-gadget baharu semuanya bagus-bagus belaka. Tapi harini min nak memfokuskan korang dengan one of our favourite flaship device, Honor Magic 5 Pro.

Honor Magic 5 Pro adalah peranti terbaharu dari Honor yang telah dilancarkan pada February 2023 yang lepas di Mobile World Congress 2023 (MWC2023). Dari segi spesifikasi ia hadir dengan skrin bersaiz 6.81 inch 1800nits Peak Brightness  dengan OLED Quad-Curved ditambah lagi dengan Adaptive Dynamic Refresh Rate.

Processor pula dimuatkan dengan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 iaitu upgrade dari Magic 4 Pro yang lepas. Ia juga hanya mempunyai satu variant sahaja iaitu 12Gb + 256GB. Tidak asing dengan keselematan untuk pengguna, ia juga mempunyai Circadian Friendly Certification dari TUV Rheinland, dimana ia juga telah dinobatkan sebagai Best Eye Comfort Screen dimana tidak akan menyebabkan kerengsaan mata.

Honor Magic 5 Pro telah ditambahbaik batteri dengan lebih 500mAh iaitu 5100mAh yang mana bagi penggunaan min selama beberapa bulan ini, boleh bertahan 1 hari setengah sebelum perlu untuk mengecas semula. Pergh, memang pergiii. Honor juga memberikan  brick pengecas pantas iaitu 66W Honor SuperCharge. 30 minit dah dapat 80% dari 10%!

 

 

Haa dan kemudiannya kamera. Honor Magic 5 Pro yang mana mempunyai 50MP Wide Camera (f/1.6, OIS), 50MP Ultra Wide Camera (f/2.0), 50MP Periscope Telephoto Camera (f/3.0, 3.5x Optical Zoom, 100x Digital Zoom, OIS). Hebatnya kamera Honor Magic 5 Pro ni, dia dilengkapi dengan AI Motion Sensing Sensor, anda tidak akan lagi terlepas moment-moment yang sekelip mata seperti melompat, sports action haa macam min melompat bawah ni.

di mana hasilnya gambar day and night shot sini meh tengok power tak power.

Haa macam mana? kalau la korang cakap min ni asyik duk puji Honor je, then sila tengok award dan pencapaian yang telah dimenangi oleh peranti ini. Honor Magic 5 Pro juga mendapat tempat pertama untuk best phone for display di dalam Dxomark

 

Kami sebagai reviewer hanya menyatakan pendapat kami setelah kami sendiri menggunakan peranti tersebut, beli atau tak beli suka atau tidak, tetap pilihan korang masing-masing. Tetapi Honor Magic 5 Pro dengan harga yang ditawarkan RM4,299 dengan banyak promosi dan freegift sekarang ni, sangat berbaloi untuk korang pilih tanpa stress!

Yang mana berminat nak beli boleh cari dekat sini. Bagi yang masih lagi tak puas hati, nak research lagi, meh tgk kami compare dengan peranti flagship lain, dan juga review kami yang lain.

Kalau nak tengok pelancaran dan Vlog kami di Barcelona, mehh siniii

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.