Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor Magic 5 Pro – Warna Baharu Sempena Merdeka!

0

Baru jee sangat haritu kitorang pergi MWC 2023 bulan Mac tempohari untuk saksikan pelancar peranti flagship terbaharu Honor Magic 5 Pro. Time tu banyak warna2 yang Honor lancarkan tetapi bila pelancaran dekat Malaysia yang ada hanya warna Meadow Green dan Hitam sahaja.

Tapi kali ini, sempena promotion kemerdekaan negara kita, Honor telah membawa warna Coral Purple dalam market Malaysia.

First look serious guy warna dia tersangat lah cantik dengan kemasan Vegan Leather yang berwarna ungu cerah ni memang nice and tampak lebih premium. Walaupun hanyalah kemasan luar nya sahaja yang berlainan, tetapi selepas min menggunakkan peranti ini selama lebih 4 bulan meh jom recap apa yang best tentang Honor Magic 5 Pro ni.

Dari segi spesifikasi ia hadir dengan skrin bersaiz 6.81 inch 1800nits Peak Brightness  dengan OLED Quad-Curved ditambah lagi dengan Adaptive Dynamic Refresh Rate. Seperti yang kita tau Honor mementingkan kesihatan pengguna mereka dan dengan itu mereka telah menerapkan Skrin menampilkan sehingga 2160Hz Frekuensi Tinggi PWM Dimming4, Dynamic Dimming dan Circadian Night Display,menjadikan mata anda selesa. Honor Magic 5 Pro juga adalah peranti pertama yang mendapat Pensijilan Circadian Friendly dari TÜV Rheinland.

Bagi yang lasak dalam mengunakan phone, usah khuatir kerana Honor Magic 5 Pro juga telah mendapat rating IP68 iaitu water and dust resistance.

Untuk Camera, Honor Magic 5 Pro dilengkapi dengan 50MP Wide Camera (f/1.6, OIS), 50MP Ultra Wide Camera (f/2.0), 50MP Periscope Telephoto Camera (f/3.0, 3.5x Optical Zoom, 100x Digital Zoom, OIS). Hebatnya kamera Honor Magic 5 Pro ni, dia dilengkapi dengan AI Motion Sensing Sensor, anda tidak akan lagi terlepas moment-moment yang sekelip mata seperti melompat, sports action terima kasih atas Milisecond Falcon Capture dari Honor.

Camera Hadapan atau Selfie Camera dengan 3D depth camera juga adalah bukan main calangnya dengan

12MP
f/2.4 aperture
100° smart wide-angle selfie portrait mode
AI anti-distortion
4K video

Dari segi performance, processor pula dimuatkan dengan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 iaitu upgrade dari Magic 4 Pro yang lepas. Dengan Honor C1 RF Chipset dan Magic OS 7.1 ia dapat meningkatkan pengalaman menggunakan peranti ini dengan ketara. Peranti ini juga dilengkapi dengan seni bina antena Bluetooth / Wi-Fi kendiri pertama dalam industri, untuk menyelesaikan gangguan bersama antara kedua-dua sambungan, meningkatkan kelajuan Wi-Fi sehingga 200% dan mengurangkan kependaman Wi-Fi pada masa yang sama. Honor Magic 5 Pro mempunyai satu variant sahaja iaitu 12Gb + 256GB.

Bateri jangan cakap la kalau tak besar, Honor memberikan 5100 mAh kapasiti bateri untuk peranti ini dengan 66W Super Charger yang datang bersama di dalam kotak. Siap ada Gold Certification lagi!.

Kalau korang nak tau, Honor Magic 5 Pro adalah antara Top 3 phone ranking di Malaysia pada Penggal kedua tahun 2023 ini tau! Tak pelik dengan pencapaian Honor kerana bertapa banyak certification, dan award yang telah dimenangi oleh Honor Magic 5 Pro ni.

Jadi cemana geng, jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan Honor Magic 5 Pro lagi-lagi yang berwarna Coral Purple yang tersangat limited edition ni sempena promosi Merdeka. Tarikh Jualan hanyalah dari 25 Ogos 2023 sehingga 17 September 2023 sahaja. Nak lebih menarik lagi?

Sekarang harga untuk Magic 5 Pro ni Hanyalah RM3,999 sahaja, dari harga  pelancaran sekitar RM4,299. Kalau nak angkat Honor Magic pun dah murah dari RM2,999 sahaja dari harga asal RM3,499. Ingat, dijual offline je tau

Kalau nak tengok review lebih lanjut meh tengok sini.

Bagi yang masih lagi tak puas hati, nak research lagi, meh tgk kami compare dengan peranti flagship lain, dan juga review kami yang lain.

Kalau nak tengok pelancaran dan Vlog kami di Barcelona, mehh siniii

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.