Ultimate magazine theme for WordPress.

Nak Beli Phone RM240 Pakej 5G Rahmah, Tapi Mana Satu Nak Pilih? – Honor 90 Lite Vs Samsung A14 5G

0

Baru baru ni, Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengumumkan pelan pakej 5G rahmah, dimana dengan internet semurah RM60, korang boleh dapatkan, samada Honor 90 Lite 5G atau pun Samsung A14 5G. Tapi untuk membuat pilihan yang bakal menentukan peranti yang akan kita gunakan untuk sehari harian untuk long term, mana satu yang lagi okay? Ha meh sini nak citer.

Pertama sekali Pakej 5G Rahmah ni, CelcomDigi, Maxis, Unifimobile, Umobile dan Yes5G bakal bekerjasama dengan honor Malaysia serta Samsung Malaysia bagi menawarkan pakej 5g rahmah ni bermula 31 ogos 2023 ni. Dimana dengan pakej 5G serendah RM60 sebulan, korang boleh dapatkan samada honor 90 lite 5G atau Samsung a14 5G which keduanya berharga sekitar RM1,000 sebenarnya, kini dengan hanya RM240 saja anda boleh mendapatkan peranti ini melalui pakej 5g rahmah ini.

Dari segi design, Samsung A14 5G hadir dengan design seakan akan siri galaxy S mereka iaitu halus mulus dengan setup tiga kamera tetapi berasaskan plastik, terdapat tektur bergaris disitu, dan memberikan ia tampak agak bulky  dan agak berat. Berbeza dengan Honor 90 Lite yang hadir dengan design serba baharu, iaitu dengan susun atur kamera dwi silang , ditambah lagi dengan tulisan 100 megapixel bersama warna berkilau Cyan Lake iaitu kebiru-biruan tasik dengan frosty finishes memberikan ia satu design yang auto premium!

Honor 90 Lite juga  jauh lebih nipis dan ringan berbanding Samsung A14 iaitu dengan berat hanya 179g sahaja berbanding 202g.

Dari segi display, Honor 90 Lite mempunyai skrin 0.1 inch lebih besar dari Samsung A14 5G. Samsung A14 5G hadir dengan paparan bersaiz 6.6 inci, fullhd+ jenisLCD, dan ia hadir dengan kadar segar semula 90hz. Manakala pesaing beliau Honor 90 Lite 5G hadir dengan paparan bersaiz 6.7 inci , fullhd+, jenis IPS LCD dan ianya juga hadir dengan kadar segar semula 90hz. Kalau di lihat dari spesifikasi, both offer spec paparan yang comparable, yet still mengikut standard semasa untuk segment kelasnya. Tapi bila letak bersebelahan, korang takkan boleh lari dari merasakan betapa kuno design paparan yang ada pada Samsung A14.

Dengan notch teardrop berbanding punchole pada Honor, disertakan pula bezel yang tebal.  Honor 90 Lite pula memberikan bezel yang sangat nipis seperti phone flagship dengan eye comfort feature seperti circadian night display, dynamic dimming, yang mana telah mendapat certifikasi TUV Rhéindland low blue light and flicker free. Barula rahmah kan?

Kamera pulak, favourite kami. Samsung A14 hadir dengan setup 3 kamera belakang, iaitu 50 megapiksel kamera utama, 2 megapiksel depth sensor, 2 megapiksel macro lens, dan 13 megapiksel selfie kamera. Honor 90 Lite pula hadir dengan 3 kamera setup juga iaitu, 100 megapiksel kamera utama, 5 megapiksel ultrawide angle, 2 megapiksel macro lens beserta 16megapiksel selfie kamera.

So cakap megapiksel beratus ratus, meh tengok sample gambar seperti dibawah letss go!

Dari segi kamera utama, kedua-dua peranti ini mampu menghasilkan kualiti kamera yang memuaskan, dengan detail yang mencukupi beserta pengawalan cahaya yang cukup baik sekali. Dynamic range berada pada kadar yang acceptable, dengan color reproduction yang cukup memuaskan. Seperti biasa Samsung tampak lebih saturated berbanding Honor yang lebih ke arah natural.  Bagi mereka yang menyukai pixel peeping, sudah pasti 100 megapiksel Honor 90 Lite menawarkan lebih detail dan sharpness ketika keadaan yang memerlukan korang crop in gambar-gambar korang.
Kehadiran ultrawide lens pada Honor 90 Lite memberikan lebih ruang versatility bagi tight shot yang memerlukan contoh seperti architecture photography. Ultrawide lens nya  agak berkualiti penghasilan imejnya. Untuk bokeh, both could offer portrait bokeh yang memuaskan most of the time, cumanya Honor tend to blur the bokeh more organically berbanding Samsung yang tampak lebih linear.
Untuk Night Shot, keduanya hadir dengan dedicated night mode, gambar malam terhasil dengan cukup memuaskan, most of the time, Honor berjaya mencerahkan situasi malam tu dengan lebih baik similar dengan gambar siangnya. Samsung pula akan saturated dan kuningkan sikit imej malam nya berbanding Honor yang akan maintain natural original color ketika situasi imej di ambil. Dari segi video, keduanya support up to 1080 video recording, dan untuk rakaman casual, keduanya mampu menghasilkan video rakaman yang cukup memuaskan dengan detail yang mencukupi serta pengawalan cahaya yang cukup memadai. Tetapi rahmahnya si Honor 90 Lite ni dia bagi multi video recording pulak, so boleh la nak buat content ala ala travel vlog dengan lebih versatile dan menarik, dan Honor 90 Lite juga boleh merekod dalam sudut ultralebar. So ia mampu mewujudkan video perspektif yang lebih pelbagai bergantung pada situasi.

 

Now, performance.

Dari segi prestasi termasuklah gaming, kedua peranti rahmah ni membawakan approach yang berlainan satu sama lain. Samsung A14 hadir dengan cip pemprosesan Mediatek Dimensity 700 dengan tetapan 6GB RAM beserta 128GB internal storage. Ia hadir dengan sokongan 5G. Manakala Honor 90 Lite pula hadir dengan cip pemprosesan Mediatek Dimensity 6020, beserta tetapan 8GB RAM plus 256gb internal storage. Honor juga menyokong rangkaian 5G.
Antutu benchmarking, Honor 90 Lite dengan cool menapau dengan segala hormatnya Samsung A14, dan untuk pengetahuan korang ketika test ini dilakukan kami terpaksa download lite version Antutu kerana Samsung A14 kenod support. Hmmmm.Ni selalunya jadi dekat phone bawah RM500. Honor 90 Lite melalui antutu normal, mendapatkan markah sekitar, 370 ribu manakala Samsung A14 dengan antutu lite, mendapat skor 370 ribu. Nampak sama kan, tapi kalau running kan antutu lite pada Honor 90 lite, then korang akan dapat markahnya lebih baik pada kadar 400 ribu lebih cok. Ok tak cukup dengan tu, kita running plak game testing kegemaran ramai, Genshin Impact. Both boleh running game ni dengan tetapan low to medium, takda masalah. Tetapi Samsung a14 mudah terasa hiccup dan delay sepanjang permainan, even pada tetapan low graphic. Malahan ketika gaming pun, Samsung A14 lebih terasa hangat di bahagian belakang nya berbanding Honor 90 Lite. Samsung ni memang dari dulu berkawan rapat dengan isu throttling dan juga overheating. Ni pulak siri rahmah dia.
Bagi menguasakan peranti peranti ini, Samsung a14 dibekalkan dengan bateri sebesar 5000 mAh manakala Honor 90 Lite dengan bateri sebesar 4500 mAh. Beza 500mah dekat situ, dan does it impact too much? Not really. Tak terasa beza sangat pun. Tetapi pengecasan Honor 90 Lite a bit faster pada kadar 22.5w berbanding 15w pada Samsung A14 ni. Plus adapter honor free in box tau. Ha yang ni memang beza. Benda lebih laju dan dapat free berbanding yang perlahan, kena beli asing plak tu.
Conclusionnya,  untuk pakej 5G Rahmah ni, antara kedua peranti pilihan, Samsung A14 5G atau Honor 90 Lite 5G, mana satu yang lebih berbaloi untuk anda miliki. Undoubtly, Honor 90 Lite 5G. Bukan sahaja lebih bagus, malahan jauh lebih berbaloi. Dengan honor 90 Lite korang akan dapat fullset item in box, design nipis, solid serta premium, paparan bezelles yang berteknologi tinggi, kamera 100 megapiksel yang versatile dan berkualiti, prestasi yang memberangsangkan, bateri 1 hari yang memadai beserta pengecasan pantas yang di berikan sekali di dalam kotak.
So kalau nak dapatkan, korang boleh riki riki pakej 5g rahmah dekat 5 telco telibat, dan siapa yang dah subscribe pakej rahmah ni, cuba komen dekat bawah, phone apa korang ambil. Kalau korang nak tengok video kami comparekan kedua peranti ni, meh tengok sini!

 

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.