Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR Magic Vs Tak Ada ‘Gap’, and Super Ringan?

0

Telefon berlipat terbaharu HONOR Magic Vs akan dilancarkan tidak lama lagi geng di pasaran global pada 27 Februari ini pada acara Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023.

Yang menarik baru-baru ni Youtuber Zack dari saluran YouTube JerryRigEverything yang terkenal dengan caranya membedah dan menceraikan peranti untuk mengetahui komponen dalaman serta teknologi kejuruteraan berjaya mendedahkan rahsia disebalik HONOR Magic Vs.

Pada awal ulasan beliau, Zack menyatakan setiap telefon pintar lipat memiliki mekanisme engsel gear yang kompleks, namun HONOR Magic VS telah mengubah persepsinya secara keseluruhan.

Zack seperti kebiasaannya mula menceraikan HONOR Magic Vs satu per satu bermula dengan skrin sehinggalah engsel gear di mana ‘Magis’ berlaku. Beliau mendedahkan HONOR Magic Vs menggunakan Engsel Tanpa Gear Super Ringan yang mampu mengurangkan jumlah komponen daripada 92 kepada 4, sekaligus membuktikan bagaimana kaedah castingkepingan tunggal yang termaju menjadikan HONOR Magic Vs 62% lebih ringan berbanding keluaran terdahulu.

Menurut media teknologi terkenal dunia GizChina, kecanggihan engsel HONOR Magic Vs menunjukkan perkembangan teknologi tersebut menuju ke landasan betul. Amat membanggakan melihat tahap inovasi sebegini dan melihat syarikat-syarikat tidak bergantung pada pendekatan semasa.

Video itu juga menunjukkan Zack membandingkan gap engsel antara HONOR Magic Vs dan telefon boleh lipat jenama lain apabila dilipat. Telefon boleh lipat jenama lain didapati mempunyai gap yang mana sinaran cahaya skrin jelas kelihatan di celahan, sementara HONOR Magic Vs tidak ada gap.

Dengan revolusi gear engsel kompleks dan menjamin ketahanannya, HONOR Magic Vs mampu bertahan sehingga 400,000 lipatan iaitu bersamaan 100 lipatan sehari selama 10 tahun. HONOR Magic Vs merupakan telefon boleh lipat yang memiliki bateri ultra besar dalam kalangan pesaingnya iaitu 5000mAh, membolehkan penggunaan bateri lebih lama pada skrin lebih besar.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, segmen telefon boleh lipat masih belum diteroka dengan lebih mendalam. Justeru, HONOR Magic Vs menyasarkan untuk menyelesaikan isu terbesar dihadapi pengguna telefon boleh lipat iaitu dari segi rekaan selain mahu menjadi antara pemain terkuat dalam industri global.

Saksikan ulasan HONOR Magic Vs oleh JerryRigEverything di sini, https://www.youtube.com/watch?v=MqJp-hkOfLg

Nak tengok Izami Gadget review phone ni tak? haaaaa tunggu dan lihatttt! Stay tuned di Youtube Izami Gadget!!

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.