Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor X8a – Marhaen, tapi okay ke tak?

0

Sangat banyak phone dekat luar sana yang offer harga murah tapi bila dah beli, penyesalan tidak sudah, ada juga beli phone mahal tapi adui, macam beli phone murah. Apa yang min nak cerita is, Honor X8a, dimana ia adalah phone marhaen yang boleh diterima logik akal.

Honor X8a selepas min menggunakkannya hampir satu bulan, ia adalah satu peranti yang boleh diterima dek akal. Yela, dengan tanda harga yang baru je release tempoh hari RM999, ia tidak menghampakan. Takdela kata boleh lawan flagship, tetapi untuk spend RM999 for this phone, berbaloi.

 

Okay ceritanya macam ni.

 

Design

Warna dia memang cantik la. Min punya kebiru-biruan kilat-kilat yall atau dipanggil Cyan Lake. So memang min suka warna macam ni kan. Tapi bagi yang tak suka biru, tak pe. Ada warna Titanium Silver dengan Midnight Black which is pun cantik.

Size dia nipis, which is hanyalah 7.48mm dan seberat 179g sahaja. Takla berat pocket atau sling bag korang kalau bawak phone ni kan.

 

Skrin

6.7″ dengan 93.6% screen to body ratio sudah cukup memuaskan kalau nak

Netflix and chill atau layan video – video kegemaran korang dekat Youtube ke, Tik Tok ke memang puas. Dia punya frame bezel pun hanyalah 1.1mm sahaja gais. Jangan risau, macam model sebelum ni, diorang pun ada TUV Rheinland Certified untuk Low Blue Light, jadi skrin Honor X8a ini selamat untuk korang gunakan dalam waktu jangka masa yang lama tanpa ada ketegangan mata.

Camera

Macam biasa, benda yang min suka, Gambar dia. Dengan 108MP Ultra Clear Main Camera, 5MP Wide & Depth Camera, 2MP Macro Camera dan juga 16MP Front Camera, korang boleh nilai dan judge sendiri gambar – gambar yang min hasilkan selama sebulan menggunakkan Honor X8a.

Battery Life

4500mAh – takkan tak cukup? Ye min guna, cukup untuk 1 setengah hari. Biasanya hari keesokan baru min akan full charge balik. Dibantu dengan 22.5 Honor Supercharge, dalam masa 30 minit, boleh charge sebanyak 50%.

 

Kesimpulan 

Overall, Honor X8a tidaklah selaju atau sehebat banyak lagi phone dekat pasaran luar sana. Tetapi untuk sebuah phone yang berharga RM999? Ya, ia adalah salah satu phone yang worth it untuk digunakan for a simple daily task.

 

 

Kalau korang minat dengan Honor X8a ni, korang boleh check dekat link official Honor sini. Kalau korang nak min cerita pasal phone marhaen lagi boleh komen dekat bawah, Insyallah min baca ye.

 

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.