Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs diangkat telefon pintar Terbaik Di MWC oleh media terkemuka dunia

0

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2023 — Bukan nak cakap yang kami ni melambung lambung memuji satu jenama sahaja, tetapi tanpa diragui lagi, jenama teknologi HONOR yang memperkenalkan Siri HONOR Magic 5 terbaharu dan telefon boleh lipat HONOR Magic Vs baru-baru ini di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023, di Sepanyol tempohari. Membuktikan kedua-dua peranti hebat HONOR ini memberikan pengalaman telefon pintar Flagship sebenar kepada pengguna di seluruh dunia.

 

Beberapa media terkemuka global telah menamakan Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs sebagai telefon pintar Terbaik Di MWC kerana mengetengahkan kejuruteraan yang berinovatif dan ciri-ciri premium yang diiktiraf ramai. Pada acara MWC, HONOR menerima sebanyak 42 anugerah dari media dengan 18 daripadanya milik HONOR Magic5 Pro dalam pelbagai kategori. Portal android dan teknologi terkenal Android Authority berkata, HONOR Magic5 Pro memiliki ciri-ciri terbaik dalam industri dan berjaya mengalahkan pencabarnya dengan bergaya. Trusted Review pula menggambarkan HONOR Magic5 Pro sebagai telefon pintar android Flagship yang dilengkapi dengan teknologi kelas atasan. Media teknologi yang terkenal dengan ulasan peranti Tom’s Guide menamakan HONOR Magic5 Pro sebagai Telefon Terbaik kerana adalah telefon pintar terbaik yang dipamerkan di MWC 2023.

Sementara itu, telefon boleh lipat terbaharu HONOR Magic Vs yang diperkenalkan kepada pasaran global pada MWC turut menerima tumpuan hebat. Menurut XDA Developers, HONOR Magic Vs adalah telefon boleh lipat kegemaaran laman web komuniti elektronik dan telefon pintar tersebut di pasaran. Majalah teknologi dalam talian terbesar MakeUseOf dalam ulasannya mengatakan HONOR Magic Vs tampil dengan rekaan dan sentuhan mewah di setiap inci selain menawarkan inovasi tulen dalam pasaran telefon boleh lipat. Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs, sila layari kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com dan bagi siapa yang nak layan video abam Izami Gadget Review phone Magic 5 Pro ni dan juga jalan-jalan kami di MWC 2023 di Barcelona, meh sini layan video tersebut.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.