Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor Magic 5 Ultimate : Magic 5 Pro Dengan Vegan Leather dan Bateri Silicon Karbon 5,450mAh yang Lebih Besar

0

Selepas memperkenalkan siri Honor Magic 5 di MWC 2023, Honor baru sahaja melancarkan barisan perdana baharu di China yang merangkumi edisi Magic 5 Ultimate yang lebih premium.  Selain kelihatan lebih mahal, Honor Magic 5 Ultimate juga menampilkan bateri Silicon Carbon pertama dalam industri yang menawarkan bateri yang lebih besar tanpa saiz tambahan.

 

Dari segi hardware, ia kelihatan serupa dengan Magic 5 Pro kerana ia juga mempunyai panel OLED 120Hz quad curved 6.81″ yang mempamerkan resolusi 2848×1312 piksel dengan kecerahan  1,800 nits.  Ia juga dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dan dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X yang mantap.  Sama seperti model Pro global, ia masih dilengkapi dengan storan 512GB.

 

Di bahagian belakang, ia turut mempunyai  tiga kamera  yang terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.6, kamera sudut ultra lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 50MP dengan zoom optik 3.5x dan zoom digital 100x.  Kedua-dua telefoto dan kamera utama mendapat penstabilan imej optikal dan Magic 5 Ultimate juga mendapat sistem fokus laser 8×8 dTOF.

Untuk swafoto atau selfie camera, bahagian hadapan paparan mempunyai potongan berbentuk pil di sudut kiri atas yang menempatkan kamera hadapan 12MP f/2.4 dan sensor kedalaman 3D.

Untuk tampakan gah dan premium produk tersebut, panel belakang Magic 5 Ultimate dibalut denganVegan Leather manakala bonggol kamera mendapat reka bentuk dwi-lengkung yang menarik.  Peranti ini ditawarkan dalam dua warna – Oren dan Hitam.

Yang membuatkan kami teruja ialah bateri pada  edisi Ultimate ini kerana ia mendapat bateri Silicon Carbon dengan kapasiti 5,450mAh yang lebih besar.  Menurut Honor, ini memberikan peningkatan 12.8% dalam ketumpatan tenaga yang menjelaskan peningkatan kapasiti bateri berbanding bateri 5,100mAh biasa yang terdapat pada Magic 5 Pro global.  Ia diterapkan dengan Android 13 bersama MagicOS 7.1.

Untuk pengecasan, Magic 5 Ultimate masih diberikan pengecasan pantas berwayar 66W dan pengecasan nirwayar pantas sehingga 50W. 

Bagi siapa yang minat benda kulit – kulit macam min, this is the best part, pembeli Honor Magic 5 Ultimate juga akan diberikan casing kulit Montblanc Bespoke.

Di China, model Ultimate dengan 16GB RAM dan storan 512GB berharga CNY 6,699 (kira-kira RM4,322).  Sementara itu, Magic 5 Pro 12GB RAM + storan 256GB berharga CNY 5,699 (kira-kira RM3,676) dan versi storan 16GB RAM + 512GB berharga CNY 6,199 (kira-kira RM3,999).

Siri Magic 5 dijangka tiba di Malaysia seawal April 2023. Honor telah mengesahkan bahawa peranti itu akan datang dengan kemas kini keselamatan selama 5 tahun dan 3 kemas kini sistem pengendalian utama.

Harap – haraplaaa peranti ni masuk Malaysia kan geng. Kalau korang nak tengok kitorg review Honor Magic 5 Pro masa dekat MWC 2023 haritu, meh tengok sini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.