Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor Magic4 Ultimate Dengan Kamera Terpaling Aumm !

0

Baru-baru ni banyak peranti baru dilancarkan oleh jenama yang merecikss. Tak terkecuali juga dengan brand daripada Honor, Peranti Honor pun taknak terlepas untuk melancarkan peranti terbaru iaitu Magix4 Ultimate.

 

Peranti ini boleh dikatakan mampu bersaing dalam dengan peranti lain dalam sistem kameranya. Dan sistem kamera nya sudah dipertingkatkan berbanding Honor Magic4 Pro yang dilancarkan di Sepanyol.

Sumber Gambar : https://www.gsmarena.com/honor_magic4_ultimate_unveiled_with_huge_1_112_sensor_custom_isp-news-53607.php

Peranti ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1, storan dalaman pula dengan 512GB tambah pula dengan RAM sebesar 12GB. Peranti ini juga didatangkan dengan skrin 6.81″ LPTO OLED QHD+ dan disokong dengan 120Hz. Bateri? Honor telah memberi kepada Honor Magic4 Ultimate ini dengan bateri sebesar 4600Mah, cukup untuk penggunaan harian.

Sumber Gambar : https://sparrowsnews.com/2022/03/18/honor-magic-4-ultimate-edition-official/

Kamera adalah info yang paling korang nak tau kan? Kamera utama sajee dah 50MP dan juga size sensor sebesar 1/1.12″. Untuk Ultra Wide adalah 64MP, wahhh gambar confirm jelas dan cantik. Kamera depan pula ada sistem 3D untuk imbasan wajah dan mempunyai 12MP. Dari Segi zoom pula, peranti ini berkemampuan sehingga 100x. Lubang hidung kawan tu senang kacang jee nak tangkap, hanya dengan 1 click.

  • Kamera Lebar 50MP dengan Kanta 8P tersuai
  • Kamera Ultra-Lebar 64MP dengan Kanta Dwi Bentuk Bebas yang tidak pernah berlaku sebelum ini
  • Kamera Telefoto Periskop 64MP
  • Kamera Dipertingkat Spektrum 50MP
  • Tambahan memproses imej buatan tersuai serba baharu

Dengan Cip ISP yang tesendiri, pemprosesan gambar boleh terhasil dengan sangat cantik dan menarik geng. Seperti sedia maklum, Magic4 Ultimate Honor sedang mencuba untuk menghasilkan sebuah telefon pintar yang mempunya sistem kamera yang tidak boleh ditandingi. Di China telefon ini dijual dengan tanda harga ¥7,999 bersamaan RM5,285. Apa pendapat anda, tidak sabar untuk perlancaran sebuah peranti yang mempunyai sistem kamera yang Aummm setakat ini?

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.