Ultimate magazine theme for WordPress.

Jualan Telefon Pintar 5G Global Melepasi 4G buat Pertama Kali pada Januari 2022

0

Sedar tak sedar, jualan telefon pintar yang berkeupayaan 5G sudah mencapai 51% secara global pada Januari 2022. Secara tidak langsung, buat pertama kalinya 5G telah memintas 4G. Menurut sumber daripada ‘Counterpoint Research’s Handset Model Sales Tracker’,

Negara China, America Utara dan Eropah barat adalah merupakan negara yang banyak membeli peranti 5G ini. China mempunyai penembusan tertinggi di dunia iaitu 84% pada bulan Januari, manakala Amerika Utara dan Eropah Barat masing-masing baru mencapai 73% dan 76%.

sumber gambar : https://www.counterpointresearch.com/global-5g-smartphone-sales-penetration-surpassed-4g-first-time-january-2022

 

Sumber gambar : https://asia.nikkei.com/Spotlight/Tech-scroll-Asia/Sources-Apple-mobilizes-suppliers-to-launch-first-5G-iPhone-range

 

Apple telah mengusai Amerika Utara dan Eropah Barat dengan penjualan masing-masing melebihi 50% dan 30%. Apple beralih kepada 5G pada October 2020 dengan membawa iPhone siri 12. Terdapat peningkatan semula dan telah menembusi pasaran jualan telefon pintar 5G. Walaupun iPhone tidak menawarkan spsifikasi yang kompetitif, kita boleh jangka yang ia akan terus menyumbang dalam peningkatan jualan untuk peranti 5G. Ia juga disokong oleh peminat iPhone dan mereka kebanyakannya bersedia untuk ‘Upgrade’ kepada iPhone yang baru kerana bagi kebanyakan orang, tempoh menggantikan sesebuah iPhone adalah setelah telefon pintar itu berumur hampir 4 tahun.

Apa pendapat anda? Adakah perubahan ini yang kita perlukan supaya ia sejajar dengan dunia kita yang semakin moden? Siapa yang pernah menggunakan 5G, adakah anda berpuas hati? Sila kongsikan di ruangan komen.

sumber gambar: https://www.howtogeek.com/398620/whats-the-difference-between-5g-and-5ghz-wi-fi/

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.