Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor MagicBook 16 Rasmi Di Malaysia Pada Tanda Harga Rasmi RM4,299

0

Salam Kasih dan Sayang. Perlancaran Honor bukan sahaja memfokuskan pada telefon pintar sahaja, Honor juga membuat perlancaran untuk sebuah komputer riba iaitu Honor MagicBook 16. Sebuah komputer riba yang dihadirkan dengan sokongan CPU AMD Ryzen 7 5800H dan dipadankan dengan grafik AMD Radeon.

Komputer Riba ini disertakan dengan paparan skrin sebesar 16.1 inci IPS dengan resolusi 1920 x 1080 dan kadar segar semula 144Hz. Kelebaran bezelnya 5.1mm untuk bahagian kiri dan kanan. Malah kecerahannya boleh mencecah 300 nits. cerah sangat ni, silap-silap masa depan kita pon boleh cerah.

Komputer riba ini dihadirkan dengan memori 16GB RAM dan storan 512GB, min boleh cakap kira okay untuk sebuah komputer riba yang berspesifikasi macam ni. Kamera pula dihadirkan dengan 720p HD recessed camera, boleh nampak dengan jelas parut tu kalau nak video call. Komputer riba ini turut didatangkan dengan bateri sebesar 56Wh dan menyokong pengecasan pantas 65W.

Jadi geng, pada min sebuah komputer riba yang mempunyai ketebalan 18.2mm dan varian warna hanya satu iaitu berwarna Space Grey, cukup rasa premium dah untuk penggunaan harian. Komputer riba ini dihadirkan dengan harga rasmi semasa dilancarkan iaitu RM4,299 sahaja. min sengaja letak sahaja supaya nampak murah haha

Ni satu lagi gadget yang kalau korang rasa nak beli lebih, korang boleh pm min. Tengok reka bentuk pun dah bergetar tulang rusuk. Untuk membeli korang boleh pergi ke kedai yang sah atau boleh terus ke Honor Rasmi. Berjumpa lagi geng, gerak dulu paperojer. Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.