Ultimate magazine theme for WordPress.

Suunto Jam Tangan Dari Finland Kini Rasmi Di Malaysia

0

Salam rindu pada yang satu, Suunto 5 Peak sudah rasmi di Malaysia yee geng. Jenama Suunto? So, kepada yang belum pernah dengar jenama ni. Admin faham sebab jenama ni datang nun jauh disana iaitu dari negara Finland.

Akan tetapi jenama Suunto ini banyak juga rakyat Malaysia yang meminatinya. Tengoklah, daripada design dia pun nampak moden dan gah. Jam tangan ini merupakan sebuah smartwatch yang tahan lasak, boleh digunakan untuk pelbagai jenis sukan. Boleh dibawa ketika berjogging, mendaki, berbasikal dan banyak lagi untuk anda yang minat bersukan.

Jam tangan yang bakal korang miliki ini, dibina berasaskan bahan keluli tahan karat dan kalis air, ia juga mampu bertahan sehingga kedalaman air sedalam 30 meter. Mari min kongsikan spesifikasi yang dihadirkan untuk jam tangan ini.

Jam tangan Suunto 5 Peak ini bersaiz paparan 1.69 inci. pada warna tali jam, ia dihadirkan dengan 6 pilihan warna iaitu Ridge Sand, Dark Heather, Black, Ochre, Cave Green dan Ridgesand Multicolour. Min tengok warna Ridgesand Multicolour tu lawa oii. Jam tangan ini juga dilengkapi dengan sensor yang terbina untuk memantau kesihatan dan sukan secara menyeluruh.

Menariknya, jam tangan ini juga disertakan dengan applikasi Suunto dan pengguna boleh akses ciri peta 3D, ngamm terox. Bateri untuk jam tangan ini dikatakan boleh bertahan sehingga 100 jam walaupun kita menggunakan sistem GPS secara berterusan. lebih kurang 4 hari pakai tanpa cas, mantap jiwa. Tapi untuk penggunaan biasa boleh bertahan sehingga 10 hari geng.

 

Habis ulas mengenai kelebihan dan spesifikasi. Harga macam mana min? Santai, harga untuk Suunto 5 Peak ini dijual pada tanda harga RM1,499 dan jika bertuah, korang boleh dapat tikar yoga secara percuma tetapi tawaran ini terhad yee geng. pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat.

So geng, ada rasa-rasa nak beli ke? jangan tunggu lagi, cepat angkat sebab dapat tikar yoga tu. silap-silap korang dapat sekali kuasa Baby Yoda haha. Berjumpa lagi geng, Asslamualaikum, Chow !

 

 

 

Sumber info dan Gambar:

https://solartime.com/pages/suunto-5-peak?gclid=CjwKCAjwopWSBhB6EiwAjxmqDXVkwluwM0nYDVTKRJfrZERxDqYEpO95E4euGTlBgxXsbzV-Zhp8nRoCFGUQAvD_BwE

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.