Ultimate magazine theme for WordPress.

TELEFON PINTAR INFINIX SMART 6 BAKAL RASMI DI MALAYSIA

0

Salam Jumaat Terakhir Sebelum Ramadhan, Sebuah peranti bakal Rasmi dihadirkan di Malaysia geng, ia adalah Infinix Smart 6 dan peranti ini bakal rasmi di Malaysia pada 4 April 2022 geng.

Untuk bahagian spesifikasi, peranti ini memfokuskan untuk penggunaan asas pembelajaran, maka ia didatangkan dengan cip pemprosesan Unisoc SC9863A. Paparan skrin untuk peranti ini pula sebesar 6.6 inci malah beresolusi HD+. Kamera utamanya 8MP dan pada baterinya pula, ia dihadirkan dengan kapasiti sebesar 5000Mah.

Untuk membuka kekunci, korang boleh menggunakan pengimbasan cap jari fizikal atau Face Unlock. Macam mana geng? nak belikan untuk adik-beradik? Kalau nak belanja untuk pembelajaran, pahala mengalir banyak oii. Btw, dengan kesempatan ni, min nak ucapkan selamat berpuasa kepada yang beragama islam. Jumpa lagi geng, Assalamualaikum, Chow !

 

 

Sumber Gambar :

https://dream2000.com/infinix-smart-6-2gb-ram-32gb-light-sea-green.html

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.