Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR Malaysia Mengumumkan HONOR Magic V2 Bakal Hadir ke Pasaran Malaysia

0

Semalam (3 Januari 2024) bertempat di Traders Hotel, Kuala Lumpur, sempena sambutan tahun baru bersama pihak media dan pempengaruh, HONOR Malaysia secara rasmi telah mengumumkan kedatangan peranti mercu yang dinantikan selama ini, HONOR Magic V2 . Upacara tersebut telah di sempurnakan oleh HONOR Malaysia Country Director, Mr. Justin Li

Ketika acara tersebut juga, Mr. Justin menunjukkan betapa ringan dan nipis nya HONOR Magic V2 ni dengan demonstrasi kemampuan peranti tersebut untuk terapung di atas permukaan air. Beliau meletakkan peranti boleh lipat tersebut di atas sebuah kertas A4 biasa di dalam akuarium yang di penuhi air, dan mengejutkan, HONOR Magic V2 tersebut tidak tenggelam, malahan kekal terapung di atas air tersebut. Ini adalah mungkin kerana peranti tersebut hanyalah seberat 231 gram sahaja.

HONOR Magic V2 juga hadir dengan kerangka ultra slim berkenipisan hanyalah 9.9mm dalam keadaan terlipat dan 4.7mm dalam keadaaan terbuka, menjadikan ia adalah perantik boleh lipat ternipis di pasaran ketika ini. Keringanan dan kenipisan nya itu membuatkan ianya bukan sahaja mampu di apungkan di atas permukaan air, malahan boleh di terbangkan hanya menggunakan beberapa belon sahaja.

 

Untuk lebih lanjut berkenaan HONOR Magic V2 ni, bila perlancarannya, berapakah tandaharga bagi pasaran Malaysia ini, nantikan pengumumannya di Laman Media sosial HONOR Malaysia ataupun di Platform Izami Gadget.

Agak – Agak korang, berapa tandaharga kelak? Buy or Not Buy? Cuba Komen di bawah.

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.