Ultimate magazine theme for WordPress.

Reaksi Orang Awam Tentang HONOR Magic V2 [Street Interview]

0

 

Baru baru ini HONOR Malaysia telah mengumumkan bakal membawa masuk peranti boleh lipat terkini mereka, iaitu HONOR Magic V2.

Ianya bukan sahaja sebuah peranti boleh lipat mercu terkini dari HONOR, tapi ketika ini, ianya juga adalah sebuah peranti boleh lipat yang ternipis (9.9mm folded / 4.7mm unfolded) dan juga teringan (231 Gram) dalam pasaran ketika ini.

Sehubungan dengan itu, Izami Gadget Studio dengan kerjasama HONOR Malaysia telah menjalankan satu sesi temuramah jalanan (street interview) bagi mendapatkan reaksi jujur dan telus dari orang awam sekitar bandar Melaka (video termuramah di bawah).

 

Dan seperti kita boleh lihat dalam video temuramah tersebut, pada mulanya, hampir tiada yang mampu meneka apa yang ada di dalam sampul tersebut dek kerana kenipisan dan keringan sampul tersebut.

Tapi setelah di buka, rata rata dari mereka memberikan reaksi yang luarbiasa seperti tidak percaya bahawa di dalam sampul tersebut terdapat nya sebuah peranti boleh lipat (Foldable Phone) HONOR Magic V2.

Masakan tidak, dengan kenipisan dan keringanan seperti itu, ia adalah lebih ringan dan nipis dari sebuah phone bar biasa, sebagai contohnya IPHONE.

Selain dari kenipisan dan keringan tersebut, HONOR Magic V2 masih hadir dengan design yang premium, paparan berkualiti, serta fungsi fungsi berguna bagi mengoptimumkan kelebihan sebuah peranti boleh lipat.

Jadi bagaimana geng? Padu tak padu HONOR Magic V2 ni. Tak tercapai akal kan. Untuk info lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi HONOR atau follow rapat platform Izami Gadget. Chowww.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.