Ultimate magazine theme for WordPress.

OPPO Reno11 Pro 5G : Pakar Portrait kelas pertengahan?

0

OPPO Malaysia secara rasmi telah melancarkan siri Reno11 mereka yang terbaharu yang mengandungi OPPO Reno11 5G dan juga OPPO Reno11 Pro 5g, dimana keduanya memfokuskan kepada kemampuan fotografi portrait untuk kelas harga yang berbeza.

Dalam artikel kali ini, kita akan memfokuskan kepada OPPO Reno11 Pro 5g (RM2499) selaku peranti yang utama untuk siri ini telah menerima beberapa pembaharuan yang sangat menarik, pada hardware dan juga software nya untuk memenuhi keperluan pengguna bagi permulaan tahun 2024 ini.

 

DESIGN

Kali ini OPPO telah melakukan pembaharuan yang sangat ketara pada rekabentuk dan kemasan pada OPPO Reno11 Pro 5G ini. Dimana untuk kali ini, ia hadir dengan warna utama yang di panggil sebagai “Pearl White” yang hadir dengan rekaan seakan akan rekaan mutiara yang sangat cantik dengan efek kekilauan yang cukup unik.

 

Di tangan, ianya masih lagi sebuah peranti yang nipis dan agak ringan (181 Gram) dengan saiz yang cukup selesa untuk di operasikan pada 1 tangan. Dengan rekabentuk lengkung depan dan belakang, sudah tentu, ini adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang cukup selesa serta terasa mewah ketika di gunakan.

 

PAPARAN

Rekabentuk premium OPPO Reno11 Pro 5g di lengkapkan dengan padanan paparan besar lengkung dan berkualiti bersaiz 6.7 inci, Amoled, beresolusi FHD+ dengan kadar segar semulanya 120hz. Ini adalah paparan yang cukup besar dan berkualiti, dengan bezel yang cukup nipis dan simetrikal di segala sudut.

Paparan ini mampu memberikan pengalaman penggunaan , pengoperasian, serta tontonan yang bukan sahaja vivid dan cukup berkualiti, malahan ianya adalah paparan yang cukup lincah dan pantas untuk di gunakan. Cuma 1 perkara yang mungkin menjadi kekurangan adalah, ianya hanya hadir dengan tetapan monospeaker sahaja berbanding dengan siri Non Pro yang hadir dengan stereo speaker. Tidak pasti kenapa ianya begitu, tapi itulah yang di berikan pada peranti ini.

 

KAMERA

kamera adalah tunjang utama bagi siri RENO sekian lama, dan untuk kali ini, OPPO Reno11 Pro 5g memfokuskan pada kemampuan telefoto portrait yang cukup menarik serta luarbiasa.

Ia hadir dengan tetapan 50Mp F1.8 kamera utama dengan penstabilan imej terbina (OIS), 8Mp kamera sudut ultralebar, 32MP kamera telefoto beserta dengan 32Mp kamera swafoto.

Yang menarik nya kali ini, kamera telefoto portrait nya kali ini adalah dari Sony IMX709, lantas hadir dengan tetapan lensa 47mm yang menyerupai perspektif pandangan mata manusia.

Dengan “Portrait Expert Engine” , hasil kerjasama dengan jurugambar profesional serata dunia, OPPO Reno11 Pro 5g berjaya hadir dengan algoritma yang menghasilkan imej portrait dengan kesan cahaya dan bayang yang cukup versatile dan menarik sekali.

“AI Portrait Retouching” kemudiannya akan menghasilkan imej portrait yang bukan sahaja kemas potongan bokeh nya, dalam masa berjaya mengekalkan ciri ciri asal subjek sebelum akhirnya melakukan imej fusion bagi menghasilkan imej portrait yang setanding dengan kamera SLR.

Jujur cakap, bagi yang inginkan peranti midranger premium dengan kamera portrait yang hebat, OPPO Reno11 Pro 5g adalah satu pilihan yang patut di pertimbangkan untuk awal 2024 ini.  Untuk ulasan lengkap kemampuan kamera OPPO Reno11 Pro 5g ni, boleh tonton video di bawah.

 

SOFTWARE

Dan untuk kali ini juga, ianya hadir dengan sistem pengoperasian terkini OPPO iaitu ColorOS14 yang mempunyai pelbagai fungsi yang cukup berguna dan menarik.

Sebagai contoh, fungsi Aquadynamic yang mampu memberikan pengalaman interaksi UI yang lebih menarik dan moden, malahan ianya juga mampu untuk jejak applikasi pemesanan seperti Grab Delivery dengan cukup bergaya sekali.

Kemudian fungsi seperti File Dock juga agak berguna, dimana pengguna boleh simpan text atau imej yang di ekstrak kedalam satu bahagian untuk di gunakan pada applikasi lain pada kemudian hari.

Fungsi Smart Image Matting juga sangat menarik, dimana ianya mampu untuk ekstrak hampir 6 subjek dalam 1 gambar untuk di simpan dalam file dock atau di jadikan sticker untuk kegunaan dalam applikasi chatting yang berkenaan.

Ada banyak lagi fungsi ColorOS14 yang menarik, untuk video lengkap, kalian boleh tonton video ulasan di bawah.

 

PRESTASI 

Untuk prestasi, OPPO Reno11 Pro 5g kali ini hadir dengan cip pemprosesan Mediatek Dimensity 8200, jenis 4nm, dengan 1 sahaja tetapan di pasaran Malaysia, iaitu 12gb Ram beserta dengan 512gb storan dalaman. Tiada pilihan storan luaran di tawarkan untuk kali ini.

Chipset ini pada pendapat kami adalah cukup berkuasa untuk pelbagai kegunaan daripada pengoperasian harian hinggalah bermain Game samada medium hinggalah tetapan tertinggi. Jangan risau, OPPO Reno11 Pro 5g mampu untuk menjalankan segalanya dengan baik sekali. Dan sepanjang penggunaan kami, tiada sebarang isu kepanasan yang terjadi yang mampu kami rekodkan.

 

BATERI & PENGECASAN

OPPO Reno11 Pro 5g di bekalkan dengan bateri sebesar 4600Mah, kurang sedikit dari standard masa kini (5000mah). Walaupun begitu, ia masih mampu memberikan masa penggunaan 1 hari tanpa ada sebarang masalah.

Dan sekiranya memerlukan, pengecasan pantas 80w supervooc, mampu mengecas peranti ini dengan kadar yang sangat pantas (45% dalam tempoh 10 minit sahaja). Dan sudah tentu, adapter pengecasan ini juga di bekalkan sekali di dalam kotak secara percuma.

 

KESIMPULANNYA

Bagi yang sedang mencari sebuah peranti kelas pertengahan premium , bajet bawah RM2500, dengan rekabentuk dan design yang unik serta menarik, paparan responsive yang berkualiti, kamera portrait yang hebat, prestasi yang mencukupi dengan bateri sepanjang hari dan pengecasan pantas, OPPO Reno11 Pro 5g adalah salah satu pilihan yang boleh di pertimbangkan untuk awal 2024 ini. Saban tahun, OPPO siri RENO ni tak pernah menghampakan, dan sering berjaya hadir dengan pembaharuan yang bukan sahaja menarik malahan versatile dalam masa sama. Sekian.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.